Syukury's Blog

Tempat kita bersandar dan bertakhta


Tinggalkan komen

Mengenali Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak, Tengku Dottie

 Sumber-Album Bingkisan DiRaja Sempena Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah.

Assalamualaikum. Gambar diatas saya dapat dari seorang rakan yang mempunyai koleksi Album Bingkisan DiRaja sempena Pertabalan Sultan Perak ke-32, Sultan Idris Shah Affifullah. Pemilik gambar diatas tidak lain tidak bukan Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak, Raja Dato’ Seri Nazhatul Shima Bt Almarhum Sultan Idris Shah atau lebih dikenali dengan panggilan Tengku Dottie.

Yang Amat Mulia Tengku Dottie telah diputerikan pada 28 Februrari 1952 di Istana Firuz, Ipoh. Beliau merupakan Puteri kedua kepada Almarhum Sultan Idris Shah(Sultan Perak ke-32) dan Almarhum Raja Perempuan Muzwin(Raja Perempuan Perak). Apabila Ayahanda Tengku Dottie dilantik sebagai Raja Muda Perak dan bonda baginda sebagai Raja Puan Besar Perak, beliau telah berpindah ke Istana Raja Muda di Teluk Intan. Diantara tahun 1958-1962 beliau telah bersekolah di Sekolah Perempuan Teluk Intan dan Sekolah Convent Teluk Intan.

Pada 22 Oktober 1963, Ayahanda Tengku Dottie telah dilantik sebagai Sultan Perak yang ke-33 dan beliau telah berpindah ke Istana Iskndariah, Kuala Kangsar dan menyambung pelajaran di Goverment English Girl School Kuala Kangsar. Sesungguhnya Puteri Mahkota ini amat cemerlang dalam pelajaran sehingga melayakkan beliau untuk meneruskan pelajaran di Kolej Tunku Kursiah Seremban.

 Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak bersama Ayahanda dan Bonda beliau. Turut kelihatan ialah adinda-adinda beliau iaitu Raja Iskandar Zulkarnain dan Raja Jamil Ariffin.

Pada tahun 1968, Yang Amat Mulia Tengku Dottie telah melanjutkan pelajaran di Upper Cbine Scholl, Sbanklin, Isle Of Wigh hingga tingkatan enam. Seterusnya Tengku Dottie telah mengambil Kursus Asas dalam jurusan seni di Hornsey Collegge Of Art dan beliau terus menyambung pengajian dalam bidang senibina dalaman di Chelsea College of Art, London hingga berjaya mendapat Diploma L.C.A.D(London Certificate In Art And Design) dan menjadi Ahli bagi Society of Industry Artist and Desingner(S.I.A.D).

Yang Amat Mulia Tengku Dottie telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1973 dengan putera hartawan yang terkenal dari singapura iaitu Syed Omar Al-Saggof. Hasil Perkahwinan Yang Amat Mulia Tengku Dottie, telah dikurniakan 6 orang putera.

 Dari Kiri ialah Yang Amat Mulia Raja Dato Seri Ariff Shah Ibni Raja Harun Ar-Rashid, Syed Omar Al-Saggof, Raja Puan Mahkota Perak, Raja Dato Seri Nazhatul Shima dan Dato Syed Ibrahim Bin Omar Al-Saggof(Gambar dari- Juz Al-Saggof).

Sebagai salah seorang ahli seni Yang Amat Mulia Tengku Dottie amat gemar melukis dan menata rias rumah. Malahan hiasan dan perabut-perabut Istana adalah hasil rekaan Tengku Dottie. Dapat dilihat jika kita ke Istana Riswin, Istana ini berkonsepkan moden dengan dihiasi karang-karang laut kerana Yang Amat Mulia Tengku Dottie amat meminati karang laut warna tema seperti Biru dan warna Firus.

Menjadi satu sejarah dalam negeri Perak apabila Yang Amat Mulia Tengku Dottie telah dilantik sebagai Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak. Gelaran ini diwujudkan oleh Ayahanda beliau dan dianugerahkan kepada Puteri Sulong yang amat disayangi. Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak mendapat tempat dalam Istana selepas Balu-balu Almarhum Raja Muda Perak.


4 Komen

Istiadat Perkabungan bermula diatas Kemangkatan Raja Perempuan Muzwin

Assalamualaikum. Hari akan bermula Istiadat berkabung(diraja) diatas kemangkatan Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Muzwin Bt Raja Ariff Shah. Semalam pada pukul 10 malam telah pun berbunyi semboyan diraja yang menandakan Kemangkatan Raja Perempuan Muzwin. Semboyan itu berbunyi sebanyak 82 kali seiring umur baginda iaitu 82 tahun.

Kebiasaanya Istiadat Pemakaman(bagi Raja- raja Perak) akan diketuai oleh Raja Muda atau Raja Di-Hilir Perak. Pekerajaan membuat pedati diraja(alat usungan) yang dinamakan ‘Seraja diraja’ atau ‘Raja diraja’ akan dimulakan secepat mungkin.

Selepas selesai Istidat Pemakaman, kerabat diraja akan memulakan Istidat berkabung. Pada biasa nya tempoh perkabungan ialah 40 hari(Tertakluk pada budi bicara Sultan). Sewaktu berkabung, kerabat diraja hanya memakai baju atau pakaian berwarna putih. Bagi lelaki di lengannya dililit kain putih manakala bagi yang bersongkok, saiz lilitan di songkok ialah pada ukuran 2.5 cm. Semua Majlis rasmi kerajaan negeri akan ditangguhkan selama 3 hari atau seminggu, acara berunsur hiburan, nyayian dilarang sama sekali bagi menghormati Almarhum Sultan atau Raja Perempuan.

Selepas seratus hari daripada hari pemakaman berlangsunglah Istiadat Menurunkan Batu Nisan. Istiadat ini cuma disaksikan oleh kerabat-kerabat yang terdekat sahaja. Batu nisan itu akan dililiti dengan kain kuning mahupun kain putih, kuning dan hitam yang merupakan warna-warna kebesaran kerajaan Negeri Perak.(bagi negeri lain mengikut bendera masing-masing, tetapi pada biasa ianya hanya berwarna kuning).


Tinggalkan komen

Suasana sedih melanda atas Kemangkatan YMM Raja Perempuan Muzwin

Assalamualaikum. Sekarang menunjukkan jam 6.29 minit pagi dan saya baru sahaja selesai bersembahyang subuh. Selepas Sembahyang Subuh tadi saya membaca Surah Al-khafi dan Surah Al-Mulk. Entah dengan tiba-tiba air mata saya mengalir di celah kelopak mata ini. Air mata yang sudah lama tidak mengalir, pagi ini mengalir dengan laju. Astaghfirullahal Azim.

Ini mungkin kerana berita yang dikhabarkan semalam bahawa Yang Maha Mulia Perempuan Muzwin telah mangkat di Institut Jantung Negara. Sempat juga saya sedekahkan ayat suci Al-Quran malam tadi sewaktu sebelum tidur kepada Almarhum Tuanku. Semoga Roh nya dicucuri Rahmat dan Maghfirah.

Secara peribadi, saya tidak pernah bertemu dua mata dengan Almarhum Tuanku, tetapi banyak sekali cerita yang disampaikan kepada saya mengenai Tuanku. Sepanjang hidup baginda merupakan seorang yang sentiasa berlapang dada, suka bersedakah dan menghomati semua orang. Almarhum Tuanku dapat hidup lama dan dipanjangkan umur selepas kemangkatan Almarhum Sultan Idris Shah.

 Raja Perempuan Muzwin sewaktu bergelar Raja Perempuan Perak bersama Almarhum Sultan Idris Shah Affifullah.Sumber-Sembang Kuala

Selepas kemangkatan Almarhum Sultan, baginda anak beranak telah keluar dari Istana Iskandariah dan beberapa lama kemudian baginda bersemayam di Istana Riswin, Jalan Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak. Baginda meneruskan kehidupan yang sangat ‘Low Profile’ di Istana Riswin dan kali terakhir baginda berangkat ke Majlis Rasmi sewaktu Ulang Tahun Pemerintahan Jubli Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah.

 Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin bersama Puteri kesayangan baginda iaitu Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah di Istana Riswin. Gambar ini diambil sebelum baginda berdua ke Majlis Santapan Malam di Istana Iskandariah.

Keunikkan yang ada baginda ialah baginda fasih berbahasa Hokkien dan Kantonis. Selain sepanjang hayat baginda sangat jarang diserang penyakit atau kegeringan. Saya amat bertuah kerana pernah menonton video temubual baginda sewaktu Program Masakan, Resepi Istana ke Istana Riswin. Personaliti dan tetamu undangan pada waktu itu ialah Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak, Raja Dato Seri Nadzatul Shima Bt Almarhum Sultan Idris Shah, Puteri sulong baginda.

Sewaktu temubual itu, Almarhum Tuanku ada mengatakan bahawa Raja Puan Mahkota(Tengku Dottie) sewaktu kecilnya sangat suka berhias diri dan lebih pandai daripada baginda(dalam hal itu). Sesungguhnya Almarhum Tuanku sangat mengambil berat tentang Putera dan Puteri baginda selain daripada itu baginda dikurniakan ramai Putera Puteri tiri iaitu Anakanda Almarhum Sultan yang lain.

Baginda meninggalkan terlalu banyak jasa kepada negeri dan rakyat Perak seluruhnya. Semoga Roh baginda tenang disana. Al-Fatihah


1 Komen

Raja Perempuan Muzwin Mangkat

 Raja Perempuan Muzwin bersama YMM Raja Zarith Sofiah

Assalamualaikum. Dengan perasaan dukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin telah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 4.20 petang tadi. Baginda mangkat pada usia 82 tahun. Selama mana baginda gering tidak pula dinyatakan Oleh Pihak Istana Riswin dan Kerabat diraja Perak. Jenazah baginda akan dimakamkan di Makam DiRaja Al-Ghufran, Kuala Kangsar Perak selepas Solat Asar petang esok (Jumaat-7 Oktober 2011)

Sudah pastinya atas kemangkatan baginda ini memberi kehilangan besar kepada Kerabat Di Raja Perak dan Johor kerana Bonda kepada Isteri Sultan Johor telah mangkat.

Sedikit latar belakang mengenai baginda. Baginda merupakan Mantan Raja Perempuan Perak,yang juga Permaisuri Kedua Almarhum Sultan Idris Shah,Sultan Perak ke-34. Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin Bt Almarhum Raja Dato Seri Arif Shah diputerikan 1 Mac 1929.Baginda merupakan kerabat diraja perak dari sebelah ayahadanya iaitu Yang Amat Mulia Raja Arif Shah Ibni Almarhum Raja Harun Ar-Rashid. Almarhum Tuanku telah ditabalkan sebagai Raja Perempuan Perak pada 26 Oktober 1963.

Hasil perkahwinan baginda dengan Sultan Idris Shah, baginda dikurniakan 2 orang Putera dan3 orang Puteri iaitu Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak, Raja Dato Seri Nadzatul Shima, Yang Maha Mulia Tuanku Raja Zarith Sofiah(Isteri Sultan Johor), Yang Amat Mulia Raja Kechil Besar Perak, Raja Dato Seri Iskandar Zulkarnain, dan Yang Amat Mulia Raja Jamil Ariffin. Manakala seorang lagi puteri sulong baginda iaitu Raja Radziatul Zahar telah mangkat sewaktu kecil.

Di kesempatan, Saya Ingin Merafak Sembah Takziah di atas Kemangkatan

Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tuanku Muzwin Bt Almarhum Raja Arif Shah
Dan Seluruh Kerabat Diraja Perak Darul Ridzuan.
Semoga Roh Tuanku ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang mendapat keampunannya.
Al-Fatihah.
(1 Mac 1929- 6 Oktober 2011)


2 Komen

Apabila Yang Amat Mulia Waris-waris negeri Perak bersatu

Assalamualaikum. Gambar diatas menunjukkan kesemua Putera dan Puteri kepada Almarhum Sultan Idris Shah II, Sultan Perak ke 33. Jelas sekali nampak keakraban Yang Amat Mulia semua apabila sesekali berkumpul. Untuk pengetahuan, Yang Amat Mulia Paduka Putera dan Paduka Puteri Sultan Perak ini berkumpul adalah untuk menyambut majlis hari raya dan jamuan makan malam itu telah diadakan di Petaling Jaya.

Mari kita mengenali sedikit latar belakang mereka semua.

1. Yang Amat Mulia Raja Halimaton Shahreen
Yang Amat Mulia Raja Halimaton Shahreen merupakan Puteri kepada Sultan Idris Shah II hasil perkahwinan Almarhum Tuanku dengan Yang Teramat Mulia Che Puan Hamizah. Antara adik beradik seibu dengan Yang Amat Mulia Raja Halimaton ialah Yang Amat Mulia Raja Shahruzzaman dan Yang Amat Mulia Raja Alang Iskandar.

 2. Yang Amat Mulia Raja Juliana Rafeah
Yang Amat Mulia Raja Juliana Rafeah merupakan puteri kepada Yang Teramat Mulia Dato Seri Sharifah Salmah.



3. Yang Amat Mulia Raja Saidatul Mardiah
Yang Amat Mulia Raja Saifatul Mardiah merupakan puteri kepada Allayarhamah Yang Teramat Mulia Dato Seri Cik Puan Norizan

4. Yang Amat Mulia Raja Shuib’ah
Yang Amat Mulia Raja Shuib’ah merupakan anakanda bongsu kepada Almarhum Sultan Idris Shah II dan merupakan adinda kepada Yang Amat Mulia Raja Saidatul Mardiah. Lebih dikenali sebagai Ku Ess atau panggilan hormat padanya ialah Yang Amat Mulia Engku Ess, beliau bergiat aktif dalam seni mempertahankan diri Muay Thai. Beliau juga merupakan Waris Negeri Perak Darul Ridzuan.

5. Yang Amat Mulia Raja Ahmadin Razman
Yang Amat Mulia Raja Ahmadin Razman merupakan Putera kepada Almarhum Sultan Idris Shah II melalui perkahwinan Almarhum Tuanku dengan Yang Teramat Mulia Dato Seri Sharifah Salmah.

6. Yang Amat Mulia Raja Shahruzaman
Yang Amat Mulia Raja Shahruzaman atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Shah. Yang Amat Mulia Engku merupakan Putera kedua kepada Almarhum Sultan Idris Shah. Bonda beliau ialah Yang Teramat Mulia Cik Puan Hamizah.

7. Yang Amat Mulia Raja Shahruddin Rashid
Yang Amat Mulia Raja Shaharuddin Rashid atau dikenali sebagai Ku Rashid merupakan Putera dari hasil perkahwinan keenam Almarhum Sultan Idris Shah II bersama Yang Teramat Mulia Dato Seri Sharifah Salmah

 Terdapat 6 orang lagi putera dan puteri Sultan Idris Shah tidak dapat berangkat ke Majlis ini dan meraka ialah(Mengikut kekananan mereka di dalam Istana)

1. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Zarith Sofiah(Isteri Sultan Johor)

2. Yang Amat Mulia Raja Dato Seri Nadzatul Shima(Raja Puan Mahkota Perak)

3. Yang Amat Mulia Raja Dato Seri Iskandar Zulkarnain(Raja Kechil Besar Perak)

4. Yang Amat Mulia Raja Dato Seri Jamil Ariffin

 
5. Yang Amat Mulia Raja Dato Seri Izuddin Iskandar Shah
6. Yang Amat Mulia Raja Alang Iskandar
(No 5, dan 6 gambar akan di update)


Tinggalkan komen

>Raja Perempuan Muzwin Perak

>

Assalamualaikum.

Tahukah kita siapa gerangan gambar diatas.Baginda ialah Mantan Raja Perempuan Perak,yang juga Permaisuri Kedua Almarhum Sultan Idris Shah,Sultan Perak ke-34.Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin Bt Almarhum Raja Dato Seri Arif Shah diputerikan
1 Mac 1929.Baginda merupakan kerabat diraja perak dari sebelah ayahdanya iaitu Raja Arif Shah Ibni Al Marhum Raja Harun Ar-Rashid.YMM Raja Perempuan Muzwin ditabalkan sebagai Raja Perempuan Perak pada 26.10.1963 selepas pertabalan Paduka Suami baginda di Balai Rongseri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.Selepas baginda dimasyurkan sebagai Raja Perempuan Perak,baginda dipersilakan untuk naik ke singgahsana dan dijemput oleh Sultan Idris Shah sendiri.


Perkahwinan baginda dikurniakan 2 orang putera dan 2 orang puteri iaitu DYMM Tuanku Raja Zarith Sofea(Isteri Sultan Johor),YAM Raja Nadzatul Shima(Dulunya dikenali sebagai Raja Puan Mahkota Perak,Tengku Dottie),Raja Iskandar Zulkarnain(Raja Kechil Besar Perak,Ku Nine) dan Raja Jamil Arifiin.

Raja Perempuan Muzwin dikenal sebagai seorang yang berfikiran terbukan dan sentiasa rendah diri di dalam kehidupan.baginda juga mempunyai kelebihan yang tersendiri kerana pandai berbahasa kantonis dan hokien.Sesetengah pihak menafikan bahawa Almarhum Sultan Idris Shah berkahwin lebih dari empat.ingin dinyatakan bahawa baginda memang berkahwin lebih dari empat isteri,tetapi tidak sekaligus kerana ada daripada isteri baginda mangkat dan diceraikan.Saya juga ingin berkongsi nama isteri dan kesemua putera-puteri baginda.

  1. Isteri Pertama-YM Raja Nor Izzah(Tidak dikurniakan cahaya mata)
  2. Isteri Kedua-YMM Raja Perempuan Muzwin(4 Orang cahaya mata,Raja Zarith Sofea(Ku Aleh),Raja Nadzatul Shima(Tengku Dottie),Raja Iskandar Zulkarnain(Ku Nine),Raja Jamil Ariffin(Ku Chik)
  3. Isteri ketiga-YTM Che Asmah(Seorang Cahaya Mata,Raja Izzuddin Iskandar Shah
  4. Isteri Keempat-YTM Che Aminah(Che Puan Negara)Tidak dikurniakan Cahaya Mata
  5. Isteri Kelima-YTM Che Hamizah(3 Orang cahaya mata)Raja Shahruzzaman(Ku Shah),Raja Halimaton Shareen(Ku Mah),Raja Alang Iskandar(Ku Alang)
  6. Isteri Ke Enam-YTM Dato Seri Sharifah Salmah(3 Orang cahaya mata,Raja Shaharudin Rashid(Ku Rashid),Raja Ahmaddin Razman(Ku Razman),Raja Juliana Rafeah.
  7. Isteri Ketujuh-YTM Che Satira(Tidak dikurniakan cahaya mata)
  8. Isteri kelapan-YTM Dato Seri Che Puan Norizan(2 Oarang cahaya mata,Raja Saidathul Mardiah(Ku Diah),Raja Shuib(Ku Ess)


YMM Raja Muzwin Kini bersemayam di Istana Riswin,Ipoh,Perak bersama anakandanya YAM Raja Nadzatul Shima.Baginda juga merupakan diantara Lapan orang Bekas Permaisuri yang masih hidup dan mendapat gelaran rasmi serta elaun khas diraja.
Tujuh orang Permaisuri yang lain ialah.
  1. Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah Binti Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah Al-Haj.(Tengku Ampuan Besar Terengganu)
  2. Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid(Raja Perempuan Kelantan)
  3. Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah(Tengku Permaisuri Selangor,Raja Permaisuri Agong Malaysia) 
  4. Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Hitam Omar Tengku Seri Setia Raja(Tengku Ampuan Besar,Tengku Ampuan Tua). 
  5. Yang Amat Mulia Tunku Puan Zanariah Bt Almarhum Tunku Ahmad Panglima Kelantan(Sultanah Johor,Raja Permaisuri Agong Malaysia)
  6. Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah bt Almarhum Tunku Besar Burhanuddin(Tunku Ampuan Negeri Sembilan,Raja Permaisuri Agong Malaysia) 
  7. Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora bt Almarhum Tunku Ahmad Panglima Kelantan(Sultanah Johor) 
Kebiasaan dari mereka semua ini boleh dipanggil Tuanku serta mengangkat sembah tetapi direndahkan sedikit tangannya seperti biasa yang diangkat kepada Raja-Raja yang berada di atas takhta.Jika dari mereka ini tidak dipanggil Tuanku,Cukuplah sekadar bertelut dengan merendahkan lutut sambil menundukkan kepala dengan tangan disilangkan di bahu.
Jika Dijemput didalam Majlis Rasmi,kesemua mereka ini haruslah bersemayam dikerusi kuning.Jika pernah menjawat jawatan sebagai Raja Permaisuri Agong,maka mereka harus diberi keutamaan berbanding Perdana Menteri Malaysia.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.