Syukury's Blog

Tempat kita bersandar dan bertakhta


1 Komen

Penulis Blog Di Raja Malaysia

Assalamualaikum. Entry istimewa kali ini akan memperkenalkan Penulis Blog Di Raja Malaysia. Sebagai seorang blogger yang banyak menulis artikel dan bahan ilmiah tentang Kerabat diraja Malaysia, Jasa dan pengorbanan mereka harulah dihargai. Mereka menulis kerana minat dan kesungguhan yang mendalam disamping cintakan kepada Institusi Beraja Di Malaysia. Mendahului senarai Blogger diraja di Malaysia ialah Shahiyar Shaari Al-Haj.

Merupakan Blogger pertama Malaysia yang menulis tentang Kerabat diraja Malaysia Seluruhnya. Shahiyar Shaari Al-Haj dilahirkan dalam keturunan Di Raja Bugis. Beliau dikenali sebagai salah seorang yang selalu mengambil tahu dan sentiasa menjalankan rujukan ilmiah tentang Institusi Beraja Di Malaysia. Mungkin beliau telah berjaya mengeluarkan hampir 1000 entry berkaitan sepanjang pembabitan beliau dalam dunia blogger.

Beliau mula menulis pada Tahun 2006 dan entry pertama yang dikeluarkan ialah ‘Makam Di Raja Langgar, Kedah‘. Setelah hampir 5 tahun menulis dengan pelbagai macam cerita dan peritiwa, kini Shahiyar Shaari Al-Haj atau Syah mula memperkembangkan skop penulisan beliau tidak hanya tertumpu kepada cerita diraja tetapi juga isu-isu semasa di Malaysia.

 Shahiyar Shaari sewaktu Istiadat Pertabalan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.Sumber-Maharum Bugis Syah.

Penulis blog diraja Malaysia kedua ini pula tidak perlu diperkenalkan lagi. Merupakan Penulis Blog Diraja Malaysia yang pertama yang menulis dalam Bahasa Inggeris. Radin Mohd Akimullah atau lebih dikenali sebagai Radin dilahirkan pada 18 Februari 1987 di Johor Bharu. Memulakan persekolahan di Sekolah Permas Jaya 1 dan Sekolah Menengah Permas Jaya seterusnya beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal di Sekolah Menengah Teknik(SMT) Batu Pahat.

Tidak hanya berjaya menjadi seorang blogger diraja, Radin juga dapat membuktikan hobinya menulis blog tidak langsung menggangu tugasnya sebagai seorang Pelajar Universiti apabila berjaya menamatkan pengajiannya dalam Bidang Ijazah Sarjana Muda(Kepujian) Kejuruteraan Elektrik Kelas Kedua Tinggi. Kini beliau berkerja sebagai Pembantu Jurutera di salah sebuah Firma Swasta di Ibu Kota.

 Radin Mohd Akimullah sewaktu Majlis Konvokesyennya di Universiti Malaysia Pahang(UMP)

Penulis blog diraja ketiga pula ialah saya sendiri iaitu Muhamad Shukur B. Amir. Saya dilahirkan pada 4 Mei 1992 di Pulau Pinang. Memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor, Pulau Pinang dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Agama(Arab) Yayasan Al-Khairiah, Kupang, Baling Kedah. Tidak hanya menumpukan pelajaran saya dalam Bahasa Arab, saya lebih suka mengambil tahu tentang perkembangan Institusi diraja di Malaysia. Mungkin ramai yang tidak percaya saya mula menulis blog dalam usia yang terlalu muda iaitu seawal usia 15 tahun.

Diawal pembabitan saya dalam dunia Penulisan blog, saya lebih menumpukan penulisan saya tentang Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah. Alhamdulilah, selama 3 tahun sebagai penulis blog, saya telah dikenalkan dengan ramai orang tidak terkecuali orang yang berada di dalam tembok Istana. Sebagai Penulis Blog diraja, memang banyak cabaran yang perlu dihadapi diantaranya hasil penulisan kita diragui oleh orang lain dan terdapat percanggahan fakta, Namun itu semua dapat dielakkan jika kita sentiasa merujuk sumber yang tepat dan memastikan setiap apa yang ditulis berguna untuk orang lain untuk membuat rujukan.

 Muhamad Shukur sewaktu Majlis Jamuan Hari Raya Pusat Pengajian Sains Kesihatan di Universiti Sains Malaysia(USM)

Inilah sedkit sebanyak cerita tentang Penulis Blog Diraja Malaysia.

Sekian, Wassalam


Tinggalkan komen

YAM Raja Puan Mahkota Perak, DYTM Raja Puan Besar Perak dan DYAM Raja Puan Muda Perak

 

Assalamualaikum. Berikut adalah jawapan salah seorang kerabat diraja negeri Perak diatas pertanyaan saya tentang gelaran kemuliaan dan kedudukan Yang Amat Mulia Raja Datuk Seri Nadzatul Shima Bt Almarhum Sultan Idris Shah II yang bergelar Raja Puan Mahkota Perak.

Raja Datuk Seri Nadzatul Shima atau lebih dikenali dengan panggilan Tengku Dottie merupakan puteri kedua kepada Almarhum Sultan Idris Shah II dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin Bt Almarhum Raja Ariff Shah. Yang Amat Mulia Tengku Dottie juga merupakan kekanda kepada Yang Maha Mulia Tuanku Raja Zarith Sofiah, Isteri Sultan Johor sekarang.

Gelaran Raja Puan Mahkota Perak adalah gelaran yang dikurniakan sewaktu pemerintahan Sultan Idris Shah II kepada Puteri baginda. Gelaran ini bukanlah gelaran Raja yang empat sehingga boleh dilantik sebagai Raja atau Sultan Perak. Gelaran ini cuma sebagai tanda kasih sayang Almarhum Sultan Idris Shah II kepada Puteri baginda.

Gelaran ini masih lagi berkuatkuasa sehingga sekarang dan penyandang Gelaran Raja Puan Mahkota Perak mengambil tempat keempat diantara waris-waris negeri Perak Darul Ridzuan.

Waris-Waris Negeri   
  • Balu Almarhum D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan(a) 
  • Balu Almarhum D.Y.A.M Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan(b)
  • Balu Almarhum D.Y.A.M Raja Bendahara Perak Darul Ridzuan(c)
  • Y.A.M Raja Puan Mahkota Perak Darul Ridzuan(d)
  •  Diikuti oleh Waris-Waris Negeri yang lain(e)
     Yang Amat Mulia Tengku Puteri Zahariah Bt Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj bersama Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak, Raja Datuk Seri Nadzatul Shima Bt Almarhum Sultan Idris Shah Affifullah.

    Diharap penjelasan ini memberi jawapan tentang gelaran kemuliaan terhadap Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak dan juga ingin diberitahu disini gelaran Raja Puan Mahkota Perak bukanlah gelaran isteri untuk Raja Muda Perak. Gelaran untuk isteri Raja Muda Perak ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak dan penyandangnya sekarang ialah Tuanku Zara Salim

     Duli Yang TerAmat Mulia Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim

    Manakala Isteri kepada Raja Di Hilir Perak bergelar Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak dan penyandangnya sekarang ialah Raja Nor Mahani Bt Raja Shahar Shah.

     Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Bt Raja Shahar Shah.


    1 Komen

    Gaya bahasa beradat dan gelaran kemuliaan Raja- Raja

     

    Assalamualaikum. Dalam kalangan masyarakat melayu, surat beradat diberi perhatian penting kerana ianya banyak mengandungi kehalusan bahasa yang tersirat. Yang dikatakan surat beradat atau warkah kerana ia dimaktubkan dengan bahasa dalam dan merupakan surat yang ditujukan kepada orang yang tinggi kehormatan seperti Raja-raja pemerintah, Raja-raja Permaisuri, bakal Raja dan kerabat-kerabat bergelar.

    Jika menghadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja(Permaisuri berdarah gahara) haruslah membahasakan diri kita sebagai ‘Patik’ dan jika menghadap Isteri-isteri yang berdarah kebanyakkan haruslah membahasakan diri sebagai Hamba Tengku.

    Sebelum itu kita haruslah mengetahui Darjat kemuliaan dan ketertinggian seseorang Raja itu. Senarai keutamaan dibawah adalah mengikut apa yang dimaktubkan di Bahagian Protokol Istana negeri masing-masing dan ianya terpakai di peringkat persekutuan (Bilangan 1 Tahun 1993)


    1.Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

     Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

    2.Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong  

     Tuanku Hajah Haminah Bt Hamidun

    (Ungkapan dalam pertuturan ‘Tuanku’)

    (Selaku Kepala Negara, Yang Dipertuan Agong mengambil tempat segala kemuliaan tanpa ada seseorang pun yang mampu menandingi kedudukan Baginda di dalam Persekutuan mahupun Negeri).

    Manakala Kedudukan Raja Permaisuri Agong adalah mengambil tempat sekalian orang dalam persekutuan(selepas Yang Dipertuan Agong) tanpa ada seorang pun yang mampu menandingi kedudukan baginda walaupun Raja-raja Melayu.

    Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke- 13  Tuanku Mizan dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.Sumber- (Bernama)

    3.Raja Pemerintah Negeri

    1- Sultan Johor- Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Johor.
    2- Sultan Kedah- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman.
    3- Al-Sultan Kelantan- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan Darul Naim.
    4- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Dipertuan   Besar Negeri Sembilan.
    5- Sultan Perak- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
    6- Raja Perlis- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis Indera Kayangan.
    7- Sultan Selangor- Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan.
    8- Sultan Terengganu- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman.
    9- Sultan Pahang- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Darul Makmur

    (Ungkapan dalam pertuturan ‘Tuanku’)

     Raja- Raja Melayu bersama Yang Dipertua- Yang Dipertua Negeri.
    Raja-Raja Melayu sewaktu Istiadat Pertabalan SPB Yang DiPertuan Agong Kesebelas Di Istana Negara.Sumber-Album Pertabalan Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Koleksi Puta Blog.
    Sumber- Koleksi Putra Blog.



    4. Raja-raja Permaisuri Negeri.

    1- Sultanah Johor- Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultanah Johor Darul Takzim
    2- Sultanah Kedah- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah kedah.
    3- Raja Perempuan Kelantan- Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan Darul Naim.
    4- Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan darul Khusus.
    5- Raja Perempuan/Raja Permaisuri Perak- Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan.
    6- Raja Perempuan Perlis- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis Indera Kayangan.
    7- Tengku Ampuan/Tengku Permaisuri Selangor- Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Darul Ehsan.
    8- Tengku Ampuan Besar/Sultanah Terengganu- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Terengganu Darul Iman.
    9- Tengku Ampuan/Sultanah Pahang- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang/ Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Darul Makmur.

    (Ungkapan dalam pertuturan ‘Tuanku’)

    Raja- Raja Permaisuri bergambar bersama Isteri- Isteri Yang Dipertua Negeri.
     Raja-raja Melayu bersama Raja-raja Permaisuri serta wakil Raja-raja Di Istana Negara.Sumber-Koleksi Putra Blog Sewaktu Pertabalan Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamallulail sebagai Yang DiPertuan Agong Malaysia ke-11.
     Sumber-Koleksi Peribadi Putra Blog.

    5.Isteri kedua Raja Pemerintah Negeri.

    Kedudukan dan Kemuliaan Isteri kedua Raja Pemerintah adalah tertakluk kepada Pengampunan Raja di negeri tersebut. Pada kebiasaanya mereka bergelar Yang Teramat Mulia Cik Puan[diikiuti dengan gelaran(jika ada) dan namanya]. Jika bertemu dengan mereka hanya perlu menunduk hormat sambil lutut direndahkan dan tangan diletakkkan dibahu. Isteri kedua Raja pemerintah tidak boleh sama sekali duduk setaraf dengan Raja Permaisuri ataupun Raja Perempuan dan kerusi yang diduduki mereka hanyalah berwarna merah(pada kebiasaanya)atau warna yang lain dan tidak boleh berwarna kuning.

    Apabila Anak Raja Bergelar (bertaraf Yang Amat Mulia keatas) berjumpa dengan isteri kedua Raja Pemerintah, mereka hanya membahasakan diri mereka sebagai ‘saya’ atau ungkapan hormat pada Isteri kedua(jika lebih tua) dipanggil ‘Kak Encik’ dan jika berpangkat Emak dipanggil ‘Mak Encik’ atau ‘Mak Cik’.

    Apabila Rakyat biasa berjumpa dengan isteri kedua Raja Pemerintah, haruslah membahasakan diri sebagai ‘Hamba’ bukan ‘Patik’ dengan gelaran hormatnya ialah ‘Tengku’ bukan ‘Tuanku’.

    (Ungkapan dalam pertuturan ‘Tengku’)

    6.Bonda Raja Pemerintah Negeri.

    Kaedah Terasul dalam menghormatkan Bonda Raja Pemerintah adalah sama seperti Raja-raja Pemerintah(jika baginda ialah Kerabat diraja), Jika beliau ialah orang kebanyakkan maka ianya adalah sama seperti kaedah Isteri kedua Raja Pemerintah.

    Pada biasa, gelaran dan kemuliaan bonda Raja adalah ditentukan oleh anakandanya sendiri. Yang Maha Mulia adalah gelaran yang umum dipakai oleh Bonda Raja dan masih lagi boleh dihormatkan sebagai ‘Tuanku’ diikuti nama negeri masing-masing. Cara pertuturan kepada Bonda Raja(Berdarah Gahara) adalah sama seperti Raja-raja dan kedudukannya kurang sedikit daripada Raja Perempuan/Raja Permaisuri yang bertakhta.

    Antara Bonda Raja Pemerintah Negeri(Berdarah Gahara) ialah

    1.Tengku Ampuan Asma Kedah- Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Asma (Kedah Darul Aman)
    2.Raja Perempuan Zainab Kelantan- Yang Maha Mulia Raja Perempuan Zainab (Kelantan Darul  Naim).
    3.Raja Perempuan Besar Budriah Perlis- Yang Maha Mulia Raja Perempuan Besar Perlis Tuanku Budriah (Perlis Indera Kayangan).
    4.Raja Saidatul Ihsan Selangor- Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor, Raja Nor Saidatul Ihsan(Selangor Darul Ehsan).
    5.Tengku Ampuan Intan Zaharah Terengganu- Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua Intan Zaharah (Terengganu Darul Iman).
    6.Tengku Ampuan Bariah Terengganu- Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Bariah (Terengganu Darul Iman).
    7.Tengku Anis Kelantan- Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis (Kelantan Darul Naim)
    (Ungkapan dalam pertuturan ‘Tuanku’)

     Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Bt Almarhum Tunku Besar Burhanuddin dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Besar Perlis Tuanku Budriah Bt Almarhum Tengku Ismail
     KDYMM Tuanku Raja Perlis memberi hormat kepada Bonda Baginda Raja Perempuan Besar Perlis Tuanku Hajah Budriah-Koleksi Album Diraja Putra Blog.
     Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis

    7.Bekas Raja Permaisuri Negeri.

    Bekas Raja Permaisuri/Raja Perempuan mendapat tempat ketujuh didalam tempat kemuliaan. Baginda semua bergelar Yang Maha Mulia dengan Panggilan Hormatnya ialah Tuanku. Apabila bercakap dengan baginda harus membahasakan diri ‘Patik’ dan baginda semua masih lagi boleh diangkat sembah sebagaimana Raja-raja pemerintah cuma tangan harus direndahkan sedikit dengan cara bertelut atau tunduk hormat.

    Kedudukan bekas Raja Permaisuri adalah bergantung pada pengampunan Sultan atau Raja Pemerintah dan gelaran nya adalah tidak sama di beberapa negeri. Namun begitu darjat mereka adalah tidak kurang dari Bonda Raja Pemerintah cuma mereka mengambil tempat terkemudian selepas Bonda Raja Pemerintah jika didalam Istana atau Majlis-majlis Rasmi Kerajaan.

    Antara bekas Raja Permaisuri Negeri ialah,

    1.Tunku Ampuan Durah(Negeri Sembilan)- Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Durah (Negeri Sembilan Darul Khusus).
    2.Raja Perempuan Muzwin(Perak)- Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin(Perak Darul Ridzuan).
    3.Tengku Permaisuri Siti Aishah(Selangor)- Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Siti Aishah(Selangor Darul Ehsan).
    4.Tunku Ampuan Najihah(Negeri Sembilan)- Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah (Negeri Sembilan Darul Khusus).
    5.Tunku Puan Nora Ismail(Johor)- Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora(Johor Darul Takzim).
    6.Tunku Puan Zanariah Iskandar(Johor)- Yang Amat Mulia Tunku Puan Zanariah(Johor Darul Takzim).

    (Ungkapan dalam pertuturan ‘Tuanku’)
    *Untuk No. 5 dan 6(Ungkapan dalam pertuturan ‘Tunku Puan’)

    Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Siti Aishah
     YAM Tunku Puan Nora dan YAM Tunku Puan Zanariah.Sumber-Google images
    Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Ismail- Sumber: Johor Dihatiku

    8.Bakal Raja Pemerintah.

    1. Tunku Mahkota Johor- Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Darul Takzim
    2. Raja Muda Kedah- Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Darul Aman.
    3. Tengku Mahkota Kelantan- (Duli)Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Darul Naim.
    4. Tengku Mahkota Pahang- Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Darul Makmur.
    5. Raja Muda Perak- Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.
    6. Raja Muda Perlis- Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis Indera Kayangan.
    7. Raja Muda Selangor- Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Darul Ehsan.
    8. Yang Dipertuan Muda Terengganu- Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Terengganu Darul Iman.

    *Tidak ada bakal Raja di Negeri Sembilan, maka atas kemangkatan Yang DiPertuan Besar, Undang Yang Empat akan bersidang dan memilih seorang zuriat dalam kalangan Putera Yang Empaat untuk dilantik sebagai Yamtuan Besar yang baru.
    (Ungkapan dalam pertuturan ‘Tuanku’)

     Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail- Jabatan Penerangan Malaysia
    Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah dan DYTM Raja Puan Muda Kedah bersama DYTM Raja Muda Perak

     9.Isteri-isteri Bakal Raja Pemerintah Negeri

    1. Isteri Tunku Mahkota Johor- Yang Amat Mulia[diikiuti nama dan kebesarnnya]Johor Darul Takzim.
    2. Raja Puan Muda Kedah- Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah Darul Aman.
    3. Tengku Ampuan Mahkota Kelantan- (Duli)Yang Teramat Mulia Tengku Ampuan Mahkota Kelantan Darul Naim.
    4. Tengku Puan Mahkota Pahang- Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Darul Makmur.
    5. Raja Puan Besar Perak- Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan.
    6. Raja Puan Muda Perlis- Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis Indera Kayangan.
    7. Raja Puan Muda Selangor- Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Selangor Darul Ehsan.
    8. Tengku Puan Muda Terengganu- Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Muda Terengganu Darul Iman.

     Duli Yang Teramat Mulia Tunku Raudzah Bt Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah
    Raja Puan Muda Kedah Darul Aman
     Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Darul Makmur Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Bt Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.Sumber-Radin’s Blog
     Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim
     Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah

     (Ungkapan dalam pertuturan ‘Tuanku’)

    10.Balu Bakal Raja Pemerintah Negeri.

    Kedudukan baginda adalah Tinggi sedikit daripada kedudukan Raja Dihilir Perak tetapi tidak melebihi Raja Muda dan tidak boleh dipanggil Tuanku lagi dan diangkat sembah. Gelaran hormat padanya ialah Yang (Ter)Amat Mulia [diikuti nama dan gelarannya]. Pada kebiasannya Ungkapan dalam pertuturan dipanggil ‘Tengku Puan’. Jika di Kedah dipanggil ‘Tunku Puan’ manakala di Perak dan Perlis dipanggil ‘Engku Puan’. Sekirannya berketurunan orang kebanyakkan beliau digayakan ‘Cik Puan’ [Muda,Mahkota atau besar diikuti nama dan gelarannya].

    (Ungkapan dalam pertuturan ‘Tengku Puan/Tunku Puan/Engku Puan’)

    Majlis Perkahwinan DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Indera Kayangan.Sumber-Album Diraja Perlis Koleksi Putra Blog

    11.Raja Dihilir Perak

    Di Perak Darul Ridzuan terdapat seorang Raja Bergelar bermartabat amat tinggi  dan pangkatnya di bawah Raja Muda dan baginda digelarkan sebagai Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan. Baginda juga merupakan pengganti Sultan kedua selepas Raja Muda Perak.

    Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak
    Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.Sumber-Fickr.com

    12.Raja Puan Muda Perak(Isteri Raja Dihilir Perak)

    Gelaran Hormatnya ialah Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan dan ungkapan dalam pertuturannya dibahasakan dengan ‘Tuanku’. Jika orang kebanyakkan maka digayakan dengan gelaran Yang Amat Mulia Cik Puan Muda Perak Darul Ridzuan dengan panggilan ‘Tengku’.


    Tinggalkan komen

    >Raja Perempuan Muzwin Perak

    >

    Assalamualaikum.

    Tahukah kita siapa gerangan gambar diatas.Baginda ialah Mantan Raja Perempuan Perak,yang juga Permaisuri Kedua Almarhum Sultan Idris Shah,Sultan Perak ke-34.Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin Bt Almarhum Raja Dato Seri Arif Shah diputerikan
    1 Mac 1929.Baginda merupakan kerabat diraja perak dari sebelah ayahdanya iaitu Raja Arif Shah Ibni Al Marhum Raja Harun Ar-Rashid.YMM Raja Perempuan Muzwin ditabalkan sebagai Raja Perempuan Perak pada 26.10.1963 selepas pertabalan Paduka Suami baginda di Balai Rongseri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.Selepas baginda dimasyurkan sebagai Raja Perempuan Perak,baginda dipersilakan untuk naik ke singgahsana dan dijemput oleh Sultan Idris Shah sendiri.


    Perkahwinan baginda dikurniakan 2 orang putera dan 2 orang puteri iaitu DYMM Tuanku Raja Zarith Sofea(Isteri Sultan Johor),YAM Raja Nadzatul Shima(Dulunya dikenali sebagai Raja Puan Mahkota Perak,Tengku Dottie),Raja Iskandar Zulkarnain(Raja Kechil Besar Perak,Ku Nine) dan Raja Jamil Arifiin.

    Raja Perempuan Muzwin dikenal sebagai seorang yang berfikiran terbukan dan sentiasa rendah diri di dalam kehidupan.baginda juga mempunyai kelebihan yang tersendiri kerana pandai berbahasa kantonis dan hokien.Sesetengah pihak menafikan bahawa Almarhum Sultan Idris Shah berkahwin lebih dari empat.ingin dinyatakan bahawa baginda memang berkahwin lebih dari empat isteri,tetapi tidak sekaligus kerana ada daripada isteri baginda mangkat dan diceraikan.Saya juga ingin berkongsi nama isteri dan kesemua putera-puteri baginda.

    1. Isteri Pertama-YM Raja Nor Izzah(Tidak dikurniakan cahaya mata)
    2. Isteri Kedua-YMM Raja Perempuan Muzwin(4 Orang cahaya mata,Raja Zarith Sofea(Ku Aleh),Raja Nadzatul Shima(Tengku Dottie),Raja Iskandar Zulkarnain(Ku Nine),Raja Jamil Ariffin(Ku Chik)
    3. Isteri ketiga-YTM Che Asmah(Seorang Cahaya Mata,Raja Izzuddin Iskandar Shah
    4. Isteri Keempat-YTM Che Aminah(Che Puan Negara)Tidak dikurniakan Cahaya Mata
    5. Isteri Kelima-YTM Che Hamizah(3 Orang cahaya mata)Raja Shahruzzaman(Ku Shah),Raja Halimaton Shareen(Ku Mah),Raja Alang Iskandar(Ku Alang)
    6. Isteri Ke Enam-YTM Dato Seri Sharifah Salmah(3 Orang cahaya mata,Raja Shaharudin Rashid(Ku Rashid),Raja Ahmaddin Razman(Ku Razman),Raja Juliana Rafeah.
    7. Isteri Ketujuh-YTM Che Satira(Tidak dikurniakan cahaya mata)
    8. Isteri kelapan-YTM Dato Seri Che Puan Norizan(2 Oarang cahaya mata,Raja Saidathul Mardiah(Ku Diah),Raja Shuib(Ku Ess)


    YMM Raja Muzwin Kini bersemayam di Istana Riswin,Ipoh,Perak bersama anakandanya YAM Raja Nadzatul Shima.Baginda juga merupakan diantara Lapan orang Bekas Permaisuri yang masih hidup dan mendapat gelaran rasmi serta elaun khas diraja.
    Tujuh orang Permaisuri yang lain ialah.
    1. Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah Binti Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah Al-Haj.(Tengku Ampuan Besar Terengganu)
    2. Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid(Raja Perempuan Kelantan)
    3. Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah(Tengku Permaisuri Selangor,Raja Permaisuri Agong Malaysia) 
    4. Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Hitam Omar Tengku Seri Setia Raja(Tengku Ampuan Besar,Tengku Ampuan Tua). 
    5. Yang Amat Mulia Tunku Puan Zanariah Bt Almarhum Tunku Ahmad Panglima Kelantan(Sultanah Johor,Raja Permaisuri Agong Malaysia)
    6. Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah bt Almarhum Tunku Besar Burhanuddin(Tunku Ampuan Negeri Sembilan,Raja Permaisuri Agong Malaysia) 
    7. Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora bt Almarhum Tunku Ahmad Panglima Kelantan(Sultanah Johor) 
    Kebiasaan dari mereka semua ini boleh dipanggil Tuanku serta mengangkat sembah tetapi direndahkan sedikit tangannya seperti biasa yang diangkat kepada Raja-Raja yang berada di atas takhta.Jika dari mereka ini tidak dipanggil Tuanku,Cukuplah sekadar bertelut dengan merendahkan lutut sambil menundukkan kepala dengan tangan disilangkan di bahu.
    Jika Dijemput didalam Majlis Rasmi,kesemua mereka ini haruslah bersemayam dikerusi kuning.Jika pernah menjawat jawatan sebagai Raja Permaisuri Agong,maka mereka harus diberi keutamaan berbanding Perdana Menteri Malaysia.
    Ikut

    Get every new post delivered to your Inbox.