Syukury's Blog

Tempat kita bersandar dan bertakhta


Tinggalkan komen

Hadiah Buat Mantan Permaisuri Agong,Permasuri Siti Aishah

Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah
Dalam sejarah Raja Berperlembagaan Negara, Permaisuri Tuanku Siti Aishah termaktub sebagai DYMM Raja Permaisuri Agong yang ke sebelas. Tetapi setelah hampir 11 tahun berlalu, belum ada usaha-usaha samaada dari Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri Selnagor sendiri untuk mengabdikan nama baginda sebagai peringatan. 

Baru-baru ini Kerajaan Persekutuan telah menamakan Hospital Ipoh dengan Hospital Permaisuri Tuanku Bainun dan beberapa buah hospital lagi dengan nama-nama Permaisuri termasuk Hospital Permaisuri Nur Zahirah, Kuala Terengganu iaitu DYMM Raja Permaisuri Agong ketika ini.

Oleh yang demikian, dicadangkan nama Permaisuri Tuanku Siti Aishah diabadikan kepada mana-mana hospital yang belum bernama. Di Lembah Klang ini sahaja ada beberapa hospital baru yang belum diberi nama antaranya Hospital Selayang, Hospital Ampang,Hospital Serdang dan juga termasuk Hospital Putrajaya. Alangkah baiknya sekiranya Hospital Putrajaya dinamakan sempena nama baginda kerana semasa era bagindalah Putrajaya diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bagi Kerajaan Selangor pula, eloklah juga memikirkan tempat atau bangunan untuk dinamakan sempena nama baginda misalnya Taman Tasik Shah Alam kepada Taman Tasik Permaisuri Siti Aishah dan sebagainya. Amatlah bertepatan sekali sekiranya Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk melantik baginda menjadi Pro Chancellor ataupun canselor Universiti di dalam negeri berkenaan.bukan lah saya ingin menangguk di air yang keruh,tetapi sebagai bekas Permaisuri haruslah kerajaan menghargai Baginda Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah.

P/s-Bukankah meletakkan apa yang Hak pada tempat yang betul adalah ADIL maksudnya.Kenapa kita melantik ‘wanita pertama’ yang perasan dan merampas kedudukan Raja Permaisuri Agong itu sebagai Canselor Universiti.Kenapa Pegawai kerajaan atau Pegawai Protokol di Putra berjaya tak mahu bersuara,mana pergi pakar sejarah,ahli polotik yang lantang.Kebiadapan kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah jelas ternyata.
Inilah dia WANITA PERTAMA MALAYSIA,Permaisuri yang kita kasihi dan hormati bergelar
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,Tuanku Nur Zahirah
Dan Ini Pula Mantan Raja Permaisuri Agong,bila sampai waktunya dilamar Sultan,dinaikkan darjatnya serta dimuliakan menjadi Permaisuri penyeri singgahsana.Tidak lama pada itu,menjadi pula Wanita terulung lagi teragung sebagai Permaisuri Agong dalam Negaraku yang dicintai dan dikasihi.
Dalam masa singkat atas kekuasaan Ilahi, suaminya mangkat di atas takhta, namun redha kerana masih lagi bergelar YAM Permaisuri dan diangkat kehormatannya setara sebagai Bekas Permaisuri Negara.
Ketika menerima beberapa darjat dan pangkat kebesaran, pelbagai perkara telah beliau tempuhi dengan pendidikan serba cukup dan menjadikan Permaisuri ini lebih matang mengharungi hidup dan semua itu beliau jadikan sebagai “Sejarah Terhebat” pernah beliau kecapi.
Kini Permaisuri Agong ini menjalani hidup seperti sebelumnya namun masih bersyukur kerana, dapat bergaul semula dengan sesiapa sahaja hinggalah bertemu pula seorang hamba Allah yang cukup taksub mengejar populariti.Akhirnya tersebar luas fitnah dasyhat yang lagi mengaibkan maruah Mantan Permaisuri Agong ini.

Masih lagi menunggu suara-suara kaku yang hanya berdiam diri di singahsana buatan sendiri,Permaisuri tetap menegakkan keadilan dengan mengambil tindakan saman terhadap hamba Allah itu.
Dari Wanita Lepasan Universiti,sehinggakan menjadi wanita pertama dan teragung banyak mengajar beliau erti kehidupan yang penuh kepahitan dan kemanisan.Tanpa ada air mata lagi,Permaisuri ini meneruskan kehidupannya sebagai wanita biasa tapi masih punya protokol dan kedudukannya yang tersendiri.Pernmaisuri kini belajar untuk hidup sendiri dan membawa legasi yang mana pasti diimpikan dan menjadi kecumburuan para wanita-wanita untuk bergelar Raja Permaisuri Agong,Queen Of Malaysia….Moga Permaisuri masih lagi mengingati saya…sekian…

Untuk maklumat lanjut tentang perkembangan terkini Matan Permaisuri Agong,Permaisuri Siti Aishah sila ke Facebook,Search:Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah

Sumber-HTTP:Syukury.blogspot.com

Yang Amat Mulia/Her Royal Highness Permaisuri Siti Aishah

DYMM SPB Raja Permaisuri Agong ke-11

Tales Of Permaisuri Siti Aishah


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.