Syukury's Blog

Tempat kita bersandar dan bertakhta

DYMM Tengku Ampuan Besar dan DYMM Tengku Ampuan Pahang

Tinggalkan komen

Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang, Raja Hajah Fatimah

Almarhummah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang (Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda)  Raja Hajah Fatimah Bt Almarhum Sultan Iskandar Shah merupakan Tengku Ampuan Pahang yang ke-3. Baginda diputerikan pada 1910 dan dipertemukan jodoh dengan Almarhum Sultan Abu Bakar pada 23 Mei 1926. Baginda ditabalkan sebagai Tengku Ampuan Pahang 28 Mei 1933 di Istana Sri Terentang. Almarhummah Tengku Ampuan Besar Pahang Raja Hajah Fatimah telah mangkat pada 23 June 1988 dan dimakamkan di Makam Diraja Pahang. Baginda merupakan Bonda kepada Sultan Pahang sekarang, Sultan Haji Ahmad Shah.

 Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan.

Almarhummah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajjah Afzan Rahimahallah ( Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh baginda) binti Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad telah diputerikan pada 4 Disember 1933 di Kuala Terengganu. Ayahanda Baginda ialah Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah yang ketika itu memegang jawatan Penolong Penguasa Polis di Terengganu dan bonda Baginda Tengku Hajjah Mandak Aishah binti Tengku Mustapha. Baginda telah melangsungkan Perkahwinan dengan Sultan Haji Ahmad Shah padan 22 April 1954. Almarhummah juga merupaka Raja Permaisuri Agong ke- 7 Mulai tahun 1979- 1984. Baginda mangkat pada 29 Jun 1988 di Istana Pahang, Kuala Lumpur. 

Sekian, Terima Kasih

About these ads

Author: Muhamad Syukri

Mencari sebuah makna kehidupan sebagai satu kembara yang benar-benar mengasyikkan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.