Syukury's Blog

Tempat kita bersandar dan bertakhta

Senarai Yang Dipertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong pertama hingga keempat belas

Tinggalkan komen

Yang di-Pertuan Agong ke-14
Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dilahirkan pada 28 November 1927 di Alor Setar, Kedah. Baginda adalah Sultan Kedah ke-27 sejak 1958 serta merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 – 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011), sekaligus menjadi sultan pertama yang menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.


Raja Permaisuri Agong ke-14
Seri Paduka Baginda Tuanku Hajah Haminah binti Hamidun merupakan Sultanah Kedah serta Raja Permaisuri Agong yang ke-14. Baginda telah dilahirkan pada 15 Julai 1953 di Bagan Serai, Perak dan berkahwin dengan Sultan Abdul Halim pada 25 Disember 1975. Baginda mendapat gelaran Che Puan Kedah sehinggalah pada 9 Januari 2004 apabila baginda ditabalkan sebagai Sultanah Kedah.

Yang di-Pertuan Agong ke-13
Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al Merito De Chile (Chile), 

Baginda merupakan Sultan Terengganu yang ke-16. Putera kepada Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Tengku Besar Sharifah Nong, baginda dilahirkan pada 22 Januari 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu. Tuanku Mizan telah dipilih untuk menduduki takhta Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja Melayu sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 pada 3 November 2006, dan secara rasminya ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 26 April 2007.


Raja Permaisuri Agong ke-13
Seri Paduka Baginda Tuanku Nur Zahirah 
D.M.N., D.K., S.S.M.Z., S.S.M.T., Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand). 

Dilahirkan sebagai Siti Rozita binti Adil Bakeri. Dilahirkan pada 7 Disember 1973, baginda melangsungkan perkahwinan dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 28 Mac 1996. Baginda dilantik menjadi Raja Permaisuri Agong pada 13 Disember 2006 berikutan perlantikan Seri Paduka Baginda Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Yang di-Pertuan Agong ke-12
Seri Paduka Baginda Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail 
 D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Crotia), Grand Collier De L’Independence (Grand Medal of the Independence) – Cambodia, Grand Croix De L’Order (Royal Sash) – Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorate Di Gran Cordone (Italy), Decoration of Omayad – The Finest Decoration (Syria) 

Baginda diputerakan 17 Mei 1943 dan merupakan Raja Perlis sekarang. Baginda telah mewarisi takhta pada sejak 17 April 2000 berikutan kemangkatan ayahandanya. Baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong daripada 13 Disember 2001 hingga 12 Disember 2006.

Raja Permaisuri Agong ke-12
Seri Paduka Baginda Tengku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid 
D.K., S.S.P.J., S.P.M.P., D.M.N., D.K. (Kelantan), DK( Pahang), S.P.M.J Grand Croix De L’Ordre (Royal Sash) – Cambodia, The Order of the Sacred Treasure, Gold and Silver Star (Star)

Baginda  merupakan ahli kerabat diraja Kelantan dan Terengganu yang diputerikan pada 6 Jun 1946. Baginda berkahwin dengan Tuanku Syed Sirajuddin pada 15 Februari 1967. Pada 14 Julai 2000, baginda telah dimasyhurkan sebagai Raja Perempuan Perlis.

Yang di-Pertuan Agong Ke-11
Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah 
D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.S., S.S.S.A., D.K.M.B., (Brunei), D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Kedah), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Perak), D.K. (Pahang), S.P.D.K. (Sabah), D.P. (Sarawak), D.U.M.N (Melaka), P.J.K., The Most Auspicious Order Of The Rajamitrabhorn (Thailand), Al-Khalifah Medal Decoration (Baharain), Order Of Boyaca Grand Collar (Columbia), Hon. D. Litt (UPM), Hon. Fellowship Royal College Of Surgeons In Ireland, Hon. D. Sociology (Univeristy Thammasat, Thailand)

Baginda adalah putera kepada Sultan Hisamuddin Alam Shah dan Tengku Ampuan Jema’ah merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-11 (26 April 1999 – 21 November 2001). Baginda ialah panglima tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan telah mejadi Sultan Selangor selama 41 tahun (1960 – 2001)

Raja Permaisuri Agong Ke-11
Seri Paduka Baginda Tuanku Siti Aishah 
D.K. (Selangor), D.M.N,  D.A. (Sarawak), Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand). 

Baginda telah dilahirkan pada 18 November 1971 merupakan Raja Permaisuri Agong Termuda dalam sejarah Malaysia. Baginda sempat menjawat jawatan sebagai Raja Permaisuri Agong selama 2 Tahun 6 Bulan. Selepas kemangkatan Sultan, Dewan Diraja Selangor memperkenankan gelaran Permaisuri digunakan selagimana hak dan syarat baginda masih memegang status sebagai Balu kepada Sultan Selangor.

Yang di-Pertuan Agong Ke-10
Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Raham 
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.M.B., (Brunei), D.K. (Kelantan), D.K. (Kedah), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), (19 Julai 1922 – 27 Disember 2008) 
Tuanku Jaafar merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesepuluh. Baginda telah diputerakan pada 19 Julai 1922 di Klang, Selangor. Baginda merupakan putera kedua bagi Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad.


Raja Permaisuri Agong Ke-10
Seri Paduka Baginda Tuanku Najihah binti Tuanku Besar Burhanuddin 
D.K., D.M.N., D.K. (Kedah), D.K( Kelantan) S.P.T.J., S.P.M.K. 

Tuanku Najihah dilahirkan pada 11 September 1924, merupakan Raja Permaisuri Agong yang ke-10 ( 26 April 1994 – 25 April 1999). Baginda memperolehi pendidikan formal di Sekolah Tuanku Muhammad di Kuala Pilah dan di London School of Oriental Studies.

Yang di-Pertuan Agong Ke-9
Seri Paduka Baginda Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru’llahulahu
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Kelantan), D.K. (Terangganu), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Selangor), D.K. (Kedah), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Pahang), S.S.M., P.M.N., P.S.M., S.P.C.M., S.P.T.S., S.P.M.P., S.I.M.P. 

Sultan Azlan Shah ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda merupakan sultan dari negeri Perak Darul Ridzuan. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 – 25 April 1994. Baginda adalah anakanda Sultan Yussuf Izzuddin Shah yang dilahirkan pada 1928 di Batu Gajah, Perak.

Raja Permaisuri Agong Ke-9
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun binti Mohamad Ali 
D.K., D.M.N.  DK(Selangor), DKA
Tuanku Bainun dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1932. Baginda ialah Raja Permaisuri Agong yang kesembilan berikutan perlantikan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Gahafaru’llahulahu sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan merupakan rakyat jelata yang pertama dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong.
Yang di-Pertuan Agong Ke-8
Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Alhaj ibni Almarhum Sultan Ismail al-Khalidi 
D.K. 
Almarhum Sultan Iskandar merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda mewarisi takhta ayahandanya Sultan Ismail Ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981. Baginda dilahirkan pada 8 April 1932 dan mangkat pada 22 Januari 2010. Tempoh pemerintahan baginda sebagai Sultan Johor adalah dari 11 Mei 1981 – 22 Januari 2010.
Raja Permaisuri Agong Ke-8
Seri Paduka Baginda Sultanah Zanariah binti Almarhum Tengku Panglima Raja Ahmad 
D.K. 
Tunku Puan Zanaraiah berasal dari keluarga diraja Kelantan. Baginda merupakan puteri kepada Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Long Ahmad bin Yang Teramat Mulia (YTM) Tengku Temenggong Long Abdul Ghaffar Ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah). Tengku Panglima Raja berperanan sebagai penabal Al Sultan Kelantan. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong yang kelapan (26 April 1984 – 25 April 1989).


Yang di-Pertuan Agong Ke-7
Seri Paduka Baginda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’adzam Shah 
D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Johor), D.K. (Kelantan), D.K. (Terengganu), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K.M.B., D.K. (Brunei), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Selangor), QILADAH BADR AL-Kubra (Arab Saudi), QILADAH AL-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait), Grand Order of the Mugunghwa (Korea Selatan), HON. D. Litt (Malaya). LLD. HC (Northrop USA) (Lahir 24 Oktober 1930) 

Sultan Haji Ahmad Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong ketujuh dari tanggal 29 Mac 1979 hingga 25 April 1984. Baginda mewarisi takhta kerajaaan negeri Pahang pada tahun 1974 setelah kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah.

Raja Permaisuri Agong Ke-7
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Muhammad
 D.M.N., D.K., S.S.A.P., S.I.M.P.
Baginda telah diputerikan pada 4 Disember 1933  dan mangkat pada 29 Jun 1988. Almarhummah Tengku Ampuan Afzan Rahimahallah (semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda) merupakan Raja Permaisuri Agong yang ketujuh mulai 26 April 1979 hinggalah 25 April 1984.

Yang di-Pertuan Agong Ke-6
Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim 
D.K.M., D.K., D.M.N., S.M.N., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.S.K., D.K. (Selangor), D.K. (Terengganu), D.K. (Kedah), D.K. (Brunei), D.K. (Pahang), D.K. (Perlis), D.P. (Sarawak) (10 Disember 1917 – 29 Mac 1979) 
Almarhum Tuanku Yahya Petra merupakan Yang di-Petuan Agong keenam dari 21 September1975 hingga 29 Mac 1979. Baginda mewarisi takhta kerajaan negeri Kelantan dari tahun 1960 hingglah kemangkatannya.

Raja Permaisuri Agong Ke-6
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Zainab binti Almarhum Tengku Mohamed Petra 
D.K. D.M.N, S.P.M.K.

Baginda telah diputerikan pada 7 Ogos 1917 dan mangkat di Istana Negeri, Kubang Kerian pada 10 Januari 1993. Almarhum Tengku Zainab merupakan Raja Permaisuri Agong keenam daripada 21 September 1975 hingga 29 Mac 1979.

Yang di-Pertuan Agong Ke-5
Seri Paduka Baginda Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah 
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S. 

Sultan Abdul Halim Muadzam Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong Kelima dari 21 September 1970 higga 20 September 1975. Baginda mewarisi takhta kerajaan negeri Kedah pada tahan 1958, setelah kemangkatan ayahandanya Sultan Badlishah ibni al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.


Raja Permaisuri Agong Ke-5
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman 
D.K., D.K.H., D.M.N, D.K. (Johor), D.K. (Negeri Sembilan), DK(Kelantan), S.P.M.K. 

Almarhummah Tuanku Sultanah Hajah Bahiyah telah diputerikan pada 24 Ogos 1930 dan mangkat di Istana Kuala Cegar pada  26 Ogos 2003. Baginda  merupakan Raja Permaisuri Agong yang kelima daripada 21 September 1970 hingga 20 September 1975.

Yang di-Pertuan Agong Ke-4
Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.T., D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), D.K. (Perak), D.K. (Pahang) 

Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah  merupakan Yang di-Pertuan Agong keempat mulai 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Baginda mewarisi takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1945 hinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1979.

Raja Permaisuri Agong Ke-4
Seri Paduka Baginda Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja
D.K., D.M.N., S.S.M.T., S.P.M.T., 
  

Tengku Ampuan Tua Intan Zaharah telah diputerikan 13 April 1928 dan  merupakan Raja Permaisuri Agong yang keempat mulai 21 September 1965 hinggga 20 September 1970.

Yang di-Pertuan Agong Ke-3
Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail 
D.K., S.S.P.J., S.P.M.P., D.K.M., D.M.N., S.M.N., D.K. (Brunei), D.K. (Selangor), S.P.D.K. (Sabah), D.K. (Kelantan), D.P. (Sarawak), D.K. (Kedah), D.K. (Pahang), D.K. (Johor), D.K. (Negeri Sembilan), D.P.S.S. (Sarawak), D.K. (Perak), D.K. (Terengganu), D.K.M.B. (Brunei)

Almarhum Tuanku Syed Putra telah diputerakan pada  25 November 1920 dan mangkat di Institut Jantung Negara pada 16 April 2000. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga mulai 21 September 1960 hinggalah 20 September 1965. Baginda mewarisi takhta untuk menjadi Raja Perlis pada tahun 1945.

Raja Permaisuri Agong Ke-3
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail 
D.K., S.S.P.J., D.M.N.,DK (Kelantan) S.M.N., S.P.M.K. 
Almarhummah Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Budriah ( Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Raja Perempuan Besar Perlis) merupakan Raja Permaisuri Agong yang ketiga mulai 21 September 1960 hingga 20 September 1965. Baginda merupakan cucu kepada Raja Pattani yang terakhir dan bonda kepada Raja Perlis sekarang.

Yang di-Pertuan Agong Ke-2
Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
 D.M.N., D.K. (Brunei) 

Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah telah diputerakan pada 13 Mei 1898 dan mangkat 1 September 1960 di Istana Negara. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua mulai 14 April 1960 hingga kemangkatan baginda pada 1 September 1960. Baginda mewarisi takhta setelah kemangkatan ayahandanya Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa untuk menjadi Sultan Selangor pada tahun 1938.


Raja Permaisuri Agong Ke-2
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tengku Ampuan Jema’ah binti Almarhum Raja Ahmad 

Almarhum Tengku Ampuan Jemaah merupakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang kedua mulai 14 April 1960 sehingga kemangkatan Sultan Hisamuddin Alam Shah pada 1 September 1960. Baginda mangkat pada 8 April 1973.

Yang di-Pertuan Agong Pertama
Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad 
D.M.N., S.M.N. 

Almarhum Tuanku Abdul Rahman telah diputerakan pada 24 Ogos 1895 dan mangkat pada 1 April 1960. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama mulai 31 Ogos 1957 sehinggalah kemangkatannya pada 1 April 1960. Baginda mewarisi takhta berikutan kemangkatan ayahandanya Paduka Sri Tuanku Muhammad Shah ibni Almarhum Tuanku Antah untuk menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun tahun 1933.

Raja Permaisuri Agong Pertama
Seri Paduka Baginda Almarhumah Tunku Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin 
DK.,D.M.N., D.K(Kedah), S.M.N

Almarhummah Tunku Puan Besar Kursiah telah diputerikan 16 Mei 1911 dan mangkat pada  2 Februari 1999. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Malaysia yang pertama mulai 31 Ogos 1957 sehinggalah kemangktan Tuanku Abdul Rahman pada 1 April 1960.

About these ads

Author: Muhamad Syukri

Mencari sebuah makna kehidupan sebagai satu kembara yang benar-benar mengasyikkan

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.