Syukury's Blog

Tempat kita bersandar dan bertakhta

Kerabat Diraja dan bekas Mufti Perlis antara penerima Darjah Kebesaran

Tinggalkan komen

Assalamualaikum. Pagi tadi telah selamat berlangsungnya Istiadat Pengurniaan Darjah- Darjah Kebesaran Negeri, Pingat- Pingat dan Bintang- Bintang sempena Hari Keputeraan Tuanku Raja Perlis yang ke -69 di Istana Arau. Mendahului senarai penerima ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P) yang membawa gelaran Datuk Seri.

 Sumber: Bernama

Turut menerima Darjah  Kebesaran itu ialah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Datuk Ir Mohd Noor Yaakob. Komander Angkatan Tugas Bersama 2, Kem Kukusan Tawau, Sabah, Brig Jen Mohd Ezam Wan Chik merupakan penerima tunggal anugerah Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Tuanku Syed Sirajuddin juga berkenan menganugerahkan Darjah Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) yang membawa gelaran Datuk kepada lima penerima.

Mereka ialah anak saudara Raja Perlis, Datin Tengku Shireen Tengku Sulaiman, bekas Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Udara Tengku Puan Sri Elena Tengku Kamarul Zaman, Pengarah Quantum-Ed Sdn Bhd Tengku Datin Seri Zalila Tengku Kamarulzaman, Pakar Bedah Mulut, Hospital Kuala Lumpur Dr Wan Mahadzir Wan Mustafa dan Pengarah Hospital Tuanku Fauziah Kangar Dr Ahmad Nordin Mohd Jais.
 

 YM Datuk Tengku Shireen bersama Suami, Dato Mokhzani di Istana Arau selepas Istiadat Penganugerahan Darjah Dato Panglima Sirajuddin Jamalullail ( DPSJ)

Bekas Mufti Negeri Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula ialah penerima tunggal anugerah Dato’ Bergelar apabila dikurnai anugerah gelaran Datuk Arif Perkasa.

Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Selain itu tujuh orang akan menerima darjah kebesaran Setia Mahkota Perlis (SMP), 18 orang menerima Seri Sirajuddin Perlis (SSP) dan 27 orang menerima pingat Ahli Mahkota Perlis (AMP). Manakala 63 orang yang lain akan menerima Pingat Mahkota Perlis (PMP), 107 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 66 menerima Pingat Jasa Baik (PJB) dan 18 orang menerima Pingat Perkhidmatan Lama (PPL).
Istiadat Pengurniaan berlangsung pada hari ini di Balarong Seri, Istana Arau dan ianya akan diteruskan untuk berberapa siri lagi.
About these ads

Author: Muhamad Syukri

Mencari sebuah makna kehidupan sebagai satu kembara yang benar-benar mengasyikkan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.