Syukury's Blog

Tempat kita bersandar dan bertakhta

DYMM Raja Perempuan Nuteh Aishah dan Tengku Permaisuri Che Uteh Mariah

Tinggalkan komen

Assalamualaikum. Sejarah Kesultanan Perak mempunyai pelbagai versi dan tafsiran. Ianya juga masih dalam keadaan samar- samar walaupun umum mengetahui Kesultanan Perak adalah bersusur galur dari Kesultanan Melayu Melaka. Menurut apa yang ditititahkan Almarhum Sultan Idris Shah II, (Sultan Perak ke-33) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama Negeri Perak hari ini, Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin (Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban).

Manjung dan Beruas dibawah pemerintahan Melaka. Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka. Dikatakan ketiga-tiga Ketua Daerah telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri dengan memakai nama yang khusus. Mereka bercadang untuk menamakan Melaka tetapi didapati tidak begitu sesuai kerana Negeri Melaka masih wujud walaupun dibawah kekuasaan Portugis.

Lantas mereka teringatkan pula bahawa salah satu punca utama yang membawa kepada keunggulan, kebesaran dan keharuman nama Melaka ialah peranan dan tanggung jawab Bendahara Tun Perak. Maka ketiga-tiga Ketua Daerah tersebut bersetuju untuk menamakan negeri baru ini sebagai Negeri Perak. Oleh sebab pada ketika itu Negeri Perak belum mempunyai Raja lalu Tok Mahsuka berkehendakkan supaya Negeri baru ini mempunyai Raja yang berdaulat.

Perak dan Kerajaan Purba Kala

Menoleh kembali ke zaman silam Negeri Perak akan terjelmalah berbagai-bagai gambaran cetusan sejarahnya yang menjadi mutiara pusaka bumi Perak yang tiada ternilai harganya. Sebagai salah sebuah Negeri Melayu yang tertua, Negeri Perak telah melalui liku-liku zamannya sejak sebelum menjelangnya tahun masehi lagi.

Sebelum munculnya nama “Negeri Perak” Kitab “Sejarah Melayu” ada menceritakan nama-nama kerajaan atau negeri seperti Gangga Negara yang sekarangnya terletak di jajahan Dinding, Beruas dan Manjung yang masih kekal namanya hingga sekarang. Penemuan monumen-monumen bersejarah peninggalan zaman tersebut telah menggambarkan kegemilangan sejarahnya tersendiri yang masih tersembunyi dari penglihatan dan pengamatan generasi di zaman moden ini.

Namun lebih dari hal itu, bukanlah Sejarah Perak yang ingin dinukilkan sayauntuk hari ini, tapi ianya sebagai mukadimmah untuk pembaca yang budiman sekalian.

DYMM Raja Perempuan Nuteh Aishah dan Tengku Permaisuri Che Uteh Mariah

Gambar diatas merupakan potret Sultan Perak, Almarhum Sultan Sir Idris Murshid Al-Azzam Shah Rahmatullah ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar dan Tengku Permaisuri Che Uteh Mariah. Tengku Permaisuri Che Uteh Mariah merupakan Isteri ketiga kepada Sultan Idris Shah dan baginda telah ditabalkan sebagai Tengku Permaisuri selepas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Nuteh Aishah.

Disini, saya masih lagi samar- samar tentang gelaran Tengku Permaisuri Che Uteh Mariah dan gelaran yang dipakai sepanjang bergelar Tengku Permaisuri. Jika dizaman Kesultanan Melayu Melaka, apabila seseorang Isteri dimartabatkan sebagai ‘Permaisuri’ maka tidak boleh lagi isteri-isteri yang lain dinaikkan darjat setaraf dengan ‘Permaisuri’ yang berada di atas takhta.

Menjadi resam bagi negeri Perak, apabila Sultan memartabatkan isteri yang berketurunan kebanyakkan maka haruslah mereka bergelar Tengku Permaisuri dan ianya tidak boleh dipanggil Raja Perempuan. Tetapi sejauh manakah gelaran Tengku Permaisuri itu dalam kedudukan dan kemuliaannya sebagai Isteri Sultan yang memegang gelaran. Maksud saya disini, Isteri yang ditakrifkan sebagai Suri Negeri dan Suri Singgahsana. Adakah baginda boleh dipersebutkan sebagai Tuanku dan gelaran kehormatan untuk baginda adakah dengan sebutan ‘ Yang Teramat Mulia’ Tengku Permaisuri ataupun ‘ Duli Yang Maha Mulia’ Tengku Permaisuri.

Ada versi yang mengatakan bahawa apabila wanita kebanyakkan diangkat menjadi Permaisuri, maka gelarannya tidak boleh melebihi dari yang disebut sebagai ‘ Yang Teramat Mulia’ dan jika menegur baginda dengan hanya menggunakan perkataaan ‘ Tengku’. Oleh itu menjadi persoalan disini, adakah situasi ini sama semasa Tengku Permaisuri Che Uteh Mariah menjadi Tengku Permaisuri. Persoalan kedua ialah, bolehkah dipersebutkan gelaran seperti Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Perak, Tengku Permaisuri Che Uteh Mariah kerana baginda ketika itu menjadi suri negeri dan suri singgahsana selepas kemangkatan Raja Perempuan Nuteh Aishah.

Diharapkan perbincangan ini dapat membuka skop yang lebih luas buat pembaca dan kita sama- sama berkongsi ilmu kerana Penulis Blog ini juga masih samar- samar dengan penggunaan gelaran Tengku Permaisuri dan Raja Perempuan di Perak. Adakah persamaan nya jika Sultan hanya mempunyai seorang isteri berbenih kebanyakkan dan digelarkan sebagai Tengku Permaisuri berbanding Isteri kedua Sultan berbenih kebanyakkan yang digelarkan sebagai Tengku Permaisuri dan Sultan itu telah mempunyai Raja Perempuan ( Isteri Pertama) disisi sebagai Suri Singgahsana. Sekian.

About these ads

Author: Muhamad Syukri

Mencari sebuah makna kehidupan sebagai satu kembara yang benar-benar mengasyikkan

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.