Syukury's Blog

Tempat kita bersandar dan bertakhta

Ulangtahun ke-22 Perkahwinan bekas Raja Permaisuri Agong Siti Aishah bersama Almarhum Sultan Selangor

3 Komen

Assalamualaikum. 3 Mei 1990 merupakan detik yang bersejarah bagi batang tubuh yang bergelar Permaisuri Siti Aishah. Tarikh ini telah mempertemukan baginda dengan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,  Sultan Selangor yang juga Yang Dipertuan Agong Malaysia satu ketika yang lepas.

Jika Almarhum Tuanku masih hidup, kini usia perkahwinan baginda bersama bekas Raja Permaisuri Agong, Permaisuri Siti Aishah telah menginjak ke usia 22 tahun.

 Gambar ini dirakam pada Hari Perkahwinan Sultan Salahuddin bersama Permaisuri Siti Aishah (pada ketika itu bergelar Cik Puan Besar Siti Aishah)

Perkahiwnan baginda berdua tidak dikurniakan cahaya mata, walau bagaimanapun Almarhum Sultan dan baginda Permaisuri tetap melayari bahtera perkahwinan dalam keadaan yang riang dan gembira. Semasa Almarhum Sultan Salahuddin mengahwini Permaisuri Siti Aishah, Tengku Ampuan Selangor, Almarhummah Tengku Ampuan Rahimah masih lagi hidup oleh itu Permaisuri Siti Aishah hanya membawa gelar sebagai Cik Puan Besar Selangor, Yang Teramat Mulia Cik Puan Siti Aishah.

Baginda pertama kali dianugerahkan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati ( D.K 1) sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Selangor yang ke-70 pada tahun 1996. Seterusnya baginda dianugerahkan Darjah Yang Amat Dimuliakan Bintang Kenyalang Sarawak ( D.A) oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Baginda telah dimasyhurkan sebagai Tengku Permaisuri Selangor pada 24 Oktober 1998 di Istana Alam Shah, Selangor. Selepas Istiadat Pertabalan dan Permasyhuran itu baginda membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tuanku Siti Aishah.

 Potret baginda berdua sebagai DYMM Sultan dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor.

Biografi Almarhum D.Y.M.M Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah telah diputerakan pada 8 Mac 1926 di Istana Bandar Temasya, Kuala Langat. Baginda merupakan putera sulong kepada Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah dan Almarhummah Tengku Ampuan Jemaah Bt Raja Ahmad.

Baginda mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar seterusnya menyambung pengajian di School Of Oriental and African Studies, di Universiti Of London. Sepanjang hayatnya, baginda telah dipertemukan jodoh dengan Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor, Almarhum Raja Nor Siadatul Ihsan Bt Almarhum Raja Bendahara Tengku Badar Shah, Allahyarhammah Che Maheram Bt Muhammad Rais, Almarhum Tengku Ampuan Rahimah Bt Almarhum Sultan Abdul Aziz Langkat dan yang terakhir dengan Tengku Permaisuri Siti Aishah.

 Almarhum Sultan Salahuddin bersama Almarhum Tengku Ampuan Rahimah dan Keluarga baginda yang lain.

Almarhum Sultan Salahuddin telah dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong pada 26 April 1999 dan Ditabalkan pada 11 September 1999. Detik yang bersejarah itu juga merakamkan baginda sebagai Yang Dipertuan Agong yang paling berumur ketika dilantik (usia 73 Tahun- 1999) dan Permaisuri Siti Aishah pula mencatatkan sejarah sebagai Raja Permaisuri Agong termuda pernah dilantik (Usia 29 Tahun- 1999).

 Gambar diambil sewaktu Istiadat Pertabalan baginda berdua sebagai Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ( 11 September 1999)
 Potret rasmi baginda berdua sebagai Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia.

Dengan kehendak Allah yang menentukan Ajal dan pertemuan, baginda telah menghembuskan nafas terakhir pada 21 November 2001 di Pusat Rawatan Gleneagles, Ampang. Sebelum kemangkatan itu, baginda sempat menjalani Pembedahan untuk meletakkan ‘ pacemaker’ ataupun Perentak ke dalam jantung baginda. Kemangkatan baginda sememangnya mengejutkan rakyat jelata kerana selepas pembedahan itu, baginda beransur sihat dan dijangka pulih sepenuhnya 2 bulan selepas pembedahan itu.

 Antara kenangan baginda berdua ketika menjalankan tugas sebagai Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia.

Selepas kemangkatan baginda, Tinggallah Permaisuri Siti Aishah sendirian yang ketika itu bergelar Raja Permaisuri Agong Malaysia. Kehidupan baginda Permaisuri selepas itu jarang didengari oleh rakyat jelata sekalipun wartawan dan media massa cuba mencari jalan bagi mengetahui perkembangan terbaru baginda. Legasi yang dibawanya kini terus mekar dalam meniti usia 40 Tahun, dan hari ini genaplah 22 tahun baginda berkahwin dengan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Menjunjung kasih kepada Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah atas jasa dan bakti yang ditaburkan ketika menjalankan tugas sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Malaysia dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor. Sekian, Wassalam.

About these ads

Author: Muhamad Syukri

Mencari sebuah makna kehidupan sebagai satu kembara yang benar-benar mengasyikkan

3 thoughts on “Ulangtahun ke-22 Perkahwinan bekas Raja Permaisuri Agong Siti Aishah bersama Almarhum Sultan Selangor

  1. This comment has been removed by the author.

  2. Nice Entry Bro …………..

  3. Nice Entry Bro ……..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.