Syukury's Blog

Tempat kita bersandar dan bertakhta

Lagu Rakyat Negeri Perlis-Canggung

1 Komen

Assalamualaikum. Ruangan hiburan di Putra Blog kali ini diisi dengan entry Lagu lagu Rakyat. Dimulakan dengan Negeri Perlis. Lagu atau Tarian yang terkenal di Perlis diberi nama ‘Canggung’. Canggung dalam Kamus Dewan Edisi ke-3 dirujuk kepada makna (kekok, kaku, janggal) atau kurang elok dan kurang sempurna pada pandangan atau pendengaran. Lagu ini amat terkenal dan menjadi halwa telinga terutamanya Rakyat negeri Perlis. Lagu dan Tarian ini juga sering dimainkan di Istiadat Diraja Perlis.

Lagu canggung juga sudah diwartakan sebagai Lagu Tradisional Perlis. Ianya bukan sekadar lagu tetapi suatu ketika dahulu, ia diiringi tarian. kemuncak kehebatannya pada zaman pemerintahan Jepun.

Lagu Canggung diasaskan di kawasan bintong dan dua penggiat utamanya ialah Che Lian dan Che Intan. Canggung kononnya berasal daripada makyong laut dan dibawa ke bintong oleh Tok Mat Buaya dan kemudiannya diadaptasi oleh Che Lian dan Che Intan.(Sumber-http://www.anakperlis.com). Bagi saya sendiri Lagu ini amat menarik sekali dan sangat menghiburkan. Dibawah merupakan sedikit sebanyak Lirik Lagu Canggung.

Ala canggung makcik la makcik canggung

Canggung canggung ala lei la lei…
Nasi kunyit Sayang gulai lah yang ayam
Tang mana lah ayam
Dalam belanga lah ayam
Hai sedapkah ayam
Mari dimakan di batas lentang.

Ala canggung makcik la makcik canggung
Canggung canggung ala lei la lei…
Songkok senget Sayang jalan lah yang malam
Mengkala la malam
Sat ni la malam
Hai sungguh ka malam
Hendak memikat si sanggul lentang

Ala canggung makcik la makcik canggung
Canggung canggung ala lei la lei…
Kuala Tunggang dik oi di padang lah yang Siding
Tang mana lah Siding
Hai di sana la Siding Hai jauh ka siding
Tempat lah orang julang penangin
Ala canggung makcik la makcik canggung
Canggung canggung ala lei la lei…
Sanggul lentang dik oi bungalah sunti
sapa dok sunti
hai dia dok sunti
hai betoi kah sunti
Bagailah mana apa nak jadi

Ala canggung makcik la makcik canggung
Canggung canggung ala lei la lei…
Bukit Chupping sayang gua lah berani
Dimana berani disana berani
Hai sungguh berani
Tempat orang mengambil baja.

Untuk mendengar lagu ini boleh lah klik Link Dibawah

http://www.youtube.com/watch?v=UGjgqlQMdk8

Sekian Terima Kasih.

About these ads

Author: Muhamad Syukri

Mencari sebuah makna kehidupan sebagai satu kembara yang benar-benar mengasyikkan

One thought on “Lagu Rakyat Negeri Perlis-Canggung

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.