Syukury's Blog

Tempat kita bersandar dan bertakhta

Kisah Mawar Merah ketiga- YAM Tengku Amalin Aisyah Putri

2 Komen

 

Yang Amat Mulia Tengku Amalin Aisyah Putri Bt Sultan Ismail Petra diputerikan Pada 26 Jun 1984 di Kota Bharu, Kelantan. Yang Amat Mulia Tengku Amalin merupakan puteri bongsu kepada Mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Bt Almarhum Tengku Abdul Hamid.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Zainab II, seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama(SMA) Naim Lilbanat. Yang Amat Mulia Tengku Amalin mendapat pendidikan tinggi di Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang undang-undang.

Menjadi satu-satunya puteri kepada Sultan, membuatkan Tengku Amalin sudah terbiasa menjalankan tugas-tugas mengiringi Bonda beliau, Raja Perempuan Tengku Anis ke Majlis-majlis rasmi negeri. Ini membuatkan Tengku Amalin belajar banyak selok belok protokol sebagai puteri raja dan yang penting sebagai salah seorang Wanita pertama yang menjadi Majistret.

 Yang Amat Mulia Tengku Amalin Aisyah Putri berangkat ke satu Majlis Rasmi Negeri.Sumber-Radin Blog

Selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur, Tengku Amalin telah menjawat jawatan Majistret di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan. Kini Yang Amat Mulia Tengku telah berpindah ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan menjawat jawatan sebagai Penolong Pendaftar.

Dianugerahkan Darjah Kebesaran tertinggi Kelantan iaitu Darjah Kerabat Al-Yunussi(DK) cukup membuatkan penulis blog ini berasa bangga kepada beliau. Dalam usia begitu muda sudah mendapat tempat di dalam Istana Kelantan dan menjadikannya sebagai salah seorang puteri raja yang amat berpengaruh. Jika dilihat ramai, hubungan Keluarga diraja Kelantan dan Johor amat erat dan ini ditambah lagi Yang Amat Mulia Tengku Amalin menjadi kerabat damping dengan Paduka Puteri Sultan Johor.

 Yang Amat Mulia Tengku Amalin Aisyah Putri di dalam Istana Mahkota, Kelantan.Sumber-DiRaja Kelantan

Akhir kalam, Yang Amat Mulia Tengku Amalin Aisyah Putri merupakan salah seorang puteri raja yang patut dibanggakan. Menjadi Majistret wanita pertama sehingakkan dianugerah Darjah Kerabat pada usia muda. Inilah mempersambahkan Kisah Mawar Merah Ke-3, Yang Amat Mulia Tengku Amalin Aisyah Putri Bt Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra.

Saksikan juga entry Kisah Mawar Merah (KMM) yang sebelumnya iaitu

1. Yang Amat Mulia Tengku Putri Utama Perlis tidak kisah dipanggil Mak Cik
http://syukury.blogspot.com/2011/08/yam-tengku-putri-utama-perlis-tidak.html

2.Yang Amat Mulia Tunku Tun Maimunah ikut resam padi
http://syukury.blogspot.com/2011/08/yam-tunku-tun-maimunah-ikut-resam-padi.html

Nantikan entry seterusnya bakal menceritakan Puteri Raja yang mempunyai jiwa kental sehinggakan dianugerahkan gelaran Brigader Jeneral. Siapakah beliau… Tunggu…

About these ads

Author: Muhamad Syukri

Mencari sebuah makna kehidupan sebagai satu kembara yang benar-benar mengasyikkan

2 thoughts on “Kisah Mawar Merah ketiga- YAM Tengku Amalin Aisyah Putri

  1. Hehe saya pun bangga sebagai anak kelantan, dulu kami sempat sekolah rendah same2 di srk zainab 2 :)

  2. penah belajar ngan YAM tengku di UIA..YAM tengku selalu dikelilingi oleh dayang2…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.