Syukury's Blog

Tempat kita bersandar dan bertakhta

Permaisuri Tercantik Dunia Dalam Sejarah(The Most Beautiful Queen in The World)

2 Komen

 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Bahiyah Bt Almarhum Tuanku Abdul Rahman (Her Royal Majesty The Queen Bahiyah Of Malaysia)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kenalkah kita dengan wanita yang berwajah anggun diatas. Baginda merupakan Sultanah Kedah dan Raja Permaisuri Agong Malaysia ke 5. Baginda diputerikan pada 24 Ogos 1930 dan merupakan Anakanda kepada Yang Dipertuan Agong Pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan YMM Tunku Puan Besar Kursiah. Tidak hanya menjadi Puteri raja yang bertuah malahan bertemu jodoh pula dengan Sultan Kedah,Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

 Potret baginda sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia

Tuanku Sultanah Bahiyah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti dan Sekolah Menengah Convent Seremban.Baginda menyambung pelajaran dalam bidang Sains Sosial di Universiti Notingham,United Kingdom.

 Potert baginda sebagai Sultanah Kedah.
 Menjalan Tugas sebagai cansellor Universiti Malaya

Bertuah memiliki wajah yang cukup menawan,baginda telah ditabalkan secara rasminya sebagai Sultanah Kedah pada tahun 1958. Tidak hanya setakat itu baginda juga merupakan Raja Permaisuri Agong Ke-5 dalam tahun 1970-1975. Hasil perkahwinannya dengan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah,baginda dikurniakan seorang puteri iaitu Tunku Puteri Intan Shafinaz. Baginda juga merupakan Cansellor Wanita Pertama dalam sejarah Malaysia dan dianugerakan Doktor Kehormat ( Pendidikan) Oleh Universiti Malaya.

Menjadi Permaisuri Tercantik.

Jika dilihat secara kasarnya,baginda boleh dikatakan sebagai Permaisuri yang paling cantik dalam sejarah negara semenjak Negara kita Merdeka. Kecantikkan baginda tidak pernah boleh ditandingi oleh Permaisuri luar negeri sekalipun kerana kecantikkan Almarhummah Tuanku terpancar dari dalam. Wajah baginda yang sentiasa tersenyum membuatkan rakyat jelata mudah mendekati baginda.

 Potret baginda pada tahun 1994

Memiliki kecantikkan sehingga akhir hayat,benarlah Almarhum Tuanku Sultanah Bahiyah boleh diiktiraf sebagai salah seorang Permaisuri Tercantik dunia dan legasinya masih lagi diteruskan oleh Puteri Tunggalnya. Almarhummah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 26 Ogos 2003 akibat Kanser. Al-Fatihah. Moga Roh Tuanku sentiasa ditempatkan dikalangan orang solehah dan mendapat petunjuk Allah. Patik amat mengagumi dan menyayangi Tuanku.

About these ads

Author: Muhamad Syukri

Mencari sebuah makna kehidupan sebagai satu kembara yang benar-benar mengasyikkan

2 thoughts on “Permaisuri Tercantik Dunia Dalam Sejarah(The Most Beautiful Queen in The World)

  1. Salam. Mungkin kesilapan menaip. Bukan diputerikan pada 1970 kan?

  2. Salam. Mungkin kesilapan menaip. Bukan diputerikan pada 1970 kan?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.