Syukury's Blog

Tempat kita bersandar dan bertakhta

>Yang Amat Mulia Sharifah Hanim

Tinggalkan komen

>

Assalamualaikum.
Kenalkah kita dengan wajah dibawah ini.?

 Ya.Pelakon Utama Filem Masam Masam Manis,sebuah filem melayu yang dekat di hati kita.tanyalah siapapun,mustahil tidak pernah menonton filem ini walaupun sekali.Tahukah kita,wanita berbakat besar ini merupakan Puteri Raja.
Sharifah Hanim atau Yang Amat Mulia Sharifah Hanim binti Tuanku Syed Hamzah Jamalulail dilahirkan di Arau, perlis pada tahun 1935 tetapi dibesarkan di Alor Setar, Kedah. Beliau berketurunan kerabat diraja Perlis. Ayahanda beliau pernah menduduki takhta di negeri Perlis Indera Kayangan pada zaman Jepun. Walaupun berdarah raja. Sharifah Hanim tidak pernah berbangga dengan keturunan beliau. Beliau bergaul dengan sesiapa sahaja walaupun dengan orang bawahan.

Pelakon yang lewat memasuki dunia seni ini mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah hingga ke peringkat Senior Cambridge. Pernah menjadijuruhebah sambilan di Radio Malaysia selain pernah bertugas sebagai telefonis di Bank Negara Malaysia. Sharifah Hanim pertama kali muncul di depan khalayak apabila menyertai pertandingan ratu cantik pada 1956. Beliau menjadi juara dalam pertandingan, Ratu UMNO yang disertai oleh beliau itu.

Pada 1957, beliau berkahwin dengan Jazamudin Baharuddin, seorang penulis yang menggunakan nama pena, Adi Muara. Jazamudin itulah yang membawa Sharifah Hanim ke dunia filem P. Ramlee megabit Sharifah Hanim berlkon dalam filem, Masam-Masam Manis pada tahun 1965. Namun, sebelum Sharifah Hanim dibawa ke dunia filem, P. Ramlee perlu mendapat keizinan Istana Perlis.

Sharifah Hanim mempunyai bakat berlakon yang besar dan bijak. Selepas P. Ramlee mencungkil bakat beliau, nama Sharifah Hanim terus meletup melalui filem, Masam-Masam Manis pada tahun 1965. Pelakon lain yang menjayakan filem bercorak komedi itu ialah P. Ramlee, Mariani dan Mahmud Jun. Hoi, orang sebelah! Awat yang hang jolok kayu terjelir terjuntai ke bilik aku, haa? demikian dialog yang begitu menarik danh diingati yang diucapkan oleh Norkiah iaitu watak yang dipegang oleh Sharifah Hanim dalam Masam-Masam Manis.

Pengarah Dhiresh Ghosh pula kemudiannya mengambil Sharifah Hanim berlakon dalam filem, Gadis Langkawi pada tahun 1966. Selain Sharifah Hanim, turut berlakon dalam filem tersebut ialah Sony Abdullah dan Sofia Ibrahim. Kegiatan lakonan beliau terus berkembang apabila beberapa orang pengarah filem seperti Naz Achnaz memberikan peluang berlakon kepada beliau. Namun, Sharifah Hanim membatas kegiatan lakonan beliau kerana urusan rumah tangga yang memerlukan perhatian.

Selain terbabit dalam lakonan filem, Sharifah Hanim pernah berlakon dalam sebuah drama televisyen Membelah Awan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Drama tersebut diarahkan oleh Roslee Jalil pada tahu 1977. Sharifah Hanim dikurnia dua orang anak preplan, iaitu Sulasteri dan Sita Asma. Walau bagaimanapun, rumah tangga yang berdepan dengan krisis itu berkahir dengan penceraian pada tahub 1974. Sharifah Hanim uzur selama lebih dua bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir di Kuala Lumpur pada tahun 2004 akibat penyakit kencing manis dan hati. Sebelumnya, Sharifah Hanim menderita masalah tulang dibahagian pinggul beliau akibat terjatuh. 
 Salah satu adegan melucukan di dalam filem masam-masam manis
 Almarhum Tuanku Syed Hamzah merupakan Ayahanda kepada YAM Sharifah Hanim
About these ads

Author: Muhamad Syukri

Mencari sebuah makna kehidupan sebagai satu kembara yang benar-benar mengasyikkan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.