Syukury's Blog

Tempat kita bersandar dan bertakhta

Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah dan “khabar angin

8 Komen

Khabar angin yang mengatakan beliau tinggal di London dan menjadi golongan elit “jetsetter” telah memberi tamparan hebat kepada Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah.
Beliau menafikan sering “mengembara” dari satu negara ke negara lain sejak kemangkatan Almarhum Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada November 2001.
“Saya tidak pernah ke luar negara. Kebenaran akan muncul, hanya Tuhan saja tahu. Saya berada di Malaysia dan tidak pernah ke luar negara sejak kemangkatan Almarhum,” tambah beliau.

 

Ini merupakan kali pertama Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah mendedahkan perkara sebenar mengenai khabar angin itu yang telah banyak memberi tekanan kepada beliau dan keluarga.

Ditanya mengenai faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya khabar angin itu, beliau menjawab: “Kejahilan. Itu semua adalah khabar angin yang berunsurkan hasad dengki dan saya telah dinasihatkan oleh orang-orang agama untuk berdiam diri sahaja.”
Khabar angin yang melanda Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah turut memberi kesedihan yang amat sangat kepada keluarga beliau. Justeru, ayah beliau Datuk Seri Abdul Rahman Mohd Yatim terpaksa menghentikan khabar angin itu menerusi satu temubual di dalam Mingguan Malaysia.
Sejak kemangkatan Almarhum, Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah telah mengekalkan kehidupan “low profile”.

 Kehidupan low profile
“Jadi “low profile” tidak bermakna saya berada jauh atau mengelak dari orang ramai,” tambah beliau lagi.
Ketika ditanya mengenai penyesuaian yang telah dilakukan kepada keluarga diraja sebagai rakyat biasa yang mengahwini seorang Sultan, beliau menjawab: “Memang banyak perubahan dilakukan.”
“Tetapi Almarhum banyak membantu saya dan saya berjaya menyesuaikan diri di sebagai ahli keluarga diraja dan juga keluarga Sultan.
Ditanya sama ada perbezaan umur menjadi rintangan di dalam perkahwinan beliau dan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, beliau menjawab: “Sudah tentu. Umur adalah halangannya.”
“Tetapi Almarhum adalah seorang Sultan yang bijak dan sangat memahami. Almarhum sentiasa mengingatkan saya supaya rendah diri dan menjadi seorang yang “down-to-earth”.

Mengatasi khabar angin dengan doa dan sembahyang

Khabar angin yang mengatakan saya ke luar negara…ia satu tamparan hebat buat

Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah lebih gemar berdiam diri ketika khabar angin mengenai diri beliau heboh diperkatakan

saya. Tetapi kelak, kebenaran akan muncul juga. Hanya Tuhan saja yang tahu. Sepanjang empat tahun lepas, saya berada di Malysia dan tidak pernah ke luar negara sejak kemangkatan Almarhum. Sata tidak pernah keluar negara. Khabar angin liar seperti ini memang menyakitkan…ia perasan semulajadi. Ia reaksi biasa jika kita mendengar khabar angin.

Senyuman jadi prinsip hidup

Kebaikan boleh menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk didiami – melalui perkataan-perkataan yang baik, pemikiran dan perlakuan.
Ia tidak perlu di dalam bentuk duit, memadailah dengan senyuman kerana senyuman itu boleh menggembirakan seseorang dan meredakan kesakitan. Itulah prinsip hidup saya.

Yang amat mulia…cukup atau tak layak 

Melihat situasi bahawa ramai yang masih kurang mengerti tentang gelaran yang diberi membuat penulis laman ini ingin menyatakan sesuatu.ada pertanyaan atau pandangan tentang gelaran Yang amat mulia(YAM) yang diberikan kepada permaisuri siti aishah walhal gelaran itu sudah hampir 4 tahun diberi kepada beliau.gelaran yang amat mulia biasanya diberi kepada waris negeri atau putera puteri sultan yang memerintah.manakala permaisuri yang bukan berdarah gahara memakai gelaran Yang teramat mulia(YTM),tetapi lain mengenai perihal permaaisuri siti aishah,beliau diberi gelaran sebegitu kerana beliau pernah dianugerahi Darjah kerabat negeri selangor yang amat dihormati iaitu darjah yang tertinggi sekali bagi keluarga diraja yang pada umumnya dianugerahkan kepada raja,permaisuri,pemangku raja,bakal raja dan isteri gahara serta waris-waris yang lain.Kebawah duli yang maha mulia sultan selangor amatlah berkuasa sekali tentang hal ini dan baginda membuat keputusan yang tepat pada waktunya.Bekas permaisuri yang bukan gahara juga mempunyai kedudukan tidak rasmi selagi beliau tidak berkahwin lain.seperti kebanyakkan yang berlaku di eropah,permaisuri atau bakal permaisuri yang berpisah dengan pewaris takhta akan diberi elaun khas,gelaran rasmi negara tersebut,kebiasaanya Her royal highness(HRH)dan dikecualikan dari cukai dan sebagainya.permaisuri siti aishah juga bukanlah bercerai hidup bersama Almarhum sultan selangor sebaliknya bercerai mati.oleh itu beliau masih lagi boleh memakai gelaran,dan mungkin kehidupan beliau yang kurang menampilkan diri menjadi tanda tanya kepada kita semua.

Koleksi gambar Yang amat mulia yang dikumpulkan oleh pemilik blog

 

SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG MALAYSIA KE 11
TUANKU SITI AISHAH BT ABDUL RAHMAN
(HER ROYAL MAJESTY THE 11th QUEEN OF MALAYSIA)

// //

About these ads

Author: Muhamad Syukri

Mencari sebuah makna kehidupan sebagai satu kembara yang benar-benar mengasyikkan

8 thoughts on “Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah dan “khabar angin

  1. permaisuri tuanku siti aishah masih jelita seperti dulu…

  2. saya sayang n suka kat TUANKU SITI AISHAH BT ABDUL RAHMAN.. dri kecil hingga la sya dwasa.. mmg sngat suka tgk wjah dia snyuman dia.. bru2 ni bila terbongkar nya percintaan dia yg pkcik x tau sapa nma dia tiba2 hati saya sangat sdih n mngis.. apa kah semua nya btul??????? susah untuk saya percayainy.. harap smua ny x benar.. sya x ska pkcik yg ingin glmer n mengaib kn tuanku siti aishah n serta klrgany.. hrap pkcik tu bertaubat la.. sya sngat sdih…. :’(

    • sedih sy dgr fitnah yg menimpa Pemaisuri Aisyah,
      100% sy x prcye yg pemaisuri akk mmbuat hubugn dgn uncle hantu 2.dia je yg perasan lbh.byk jge yg sy cri mklumat dn byk sgt kekeliruan yg hantu 2 tulis dlm blog dia..
      smge pemaisuri sbr dgn ap yg trjadi..
      smge pemaisuri akn tabah mghadapi ujian ni.

  3. Putri yg manis…

  4. semoga Allah sentiasa merahmati dan melimpah kan kebahagiaan dalam hidup YAM Permaisuri….

  5. andainya kau miliku akan ku belaimu sehingga akhir hayatku.(PLS REPLY)

  6. abis 2….tuanku mesti jawab dengan penuh wibawa dan yakin…khabar angin boleh menyebabkan kerosakan dan kemusnahan…jadi buktikan tohmahan itu tidak benar dan tidak berasas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.